Tarikh Keramat : 28 Jun 2011

28 Jun 2011
Tarikh keramat?
Kenapa?
Pada tarikh ini aku dan kawan aku a.k.a Miss Blank telah membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Yup! Anak angkat yang berbulu. 2 ekor anak kucing yang telah kami ambil dari UTM, Jalan Semarak. Aku rasa keputusan mengambilnya adalah sangat cepat tanpa kami fikir panjang.  Melihat keletah dan warna yang cantik telah berjaya mencuri perhatian kawan aku sebab masa itu aku masih tak berminat nak membelanya sendiri tapi Miss Blank seboleh-boleh mahu mengambil mereka. Jadi pada hari tertentu kami tekad mengambil mereka untuk dibela.

Persediaan?
Memang tiada langsung..Jadi pada hari yang sama juga kami ke ‘Pet Shop’, bayangkan tanpa perancangan kewangan juga kami membeli keperluaan mereka 2 ekor dan telah menghabiskan RM300. Masa itu, demi kucing sanggup korban apa sahaja kononnya then we end up eating maggi after that. Hahahaha…Just kidding..!
Itu hari pertama, hari seterusnya kami perlu mandikan mereka jadi kena cari sabun pula..
Selepas itu, mereka ada luka-luka di badan kami mencari klinik pula..
Hari seterusnya, seterusnya kami lengkapkan keperluan mereka sampai kami punya keperluan sendiri terabai. Hehehe…
Tak sangka susah juga untuk membela seekor atau 2 kucing neh.. Bayangkan mereka yang membela lebih dari 2 ekor kucing? Ouch, macamana kamu semua atasinya yer??

Perkenalkan mereka :
Si Mocha ( Jantan )

&
Si Mochi ( Betina )

Pelengkap harian aku……! 🙂

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s