Batman

Ini kucing jalanan yang berada di sekitar kawasan tempat aku bekerja, aku panggil ‘Tiger’ tapi Cik Blank  nak panggil ‘Batman’ jadi aku dengan staff tempat kerja pun panggillah ‘Batman’. Dia neh kalau ada dalam kedai pun macam tak ada jek..Hahaha..sebab dia suke tido! Tgklah die…tido tido tido… Batman neh kucing yang baik dan tidak banyak bunyi kecuali masa lapar sahaja. Watak dia yang comel dan manja mencuit hati aku dan aku pun sangat sedih tak dapat nak bawa die balik utk dibela kerana aku memiliki ‘Mochi dan Mocha’..

Batman selalu akan keluar waktu malam atau petang mungkin hendak membuang air @ panaskan badan sbb premis aku sejuk! Brrr….

Pagi² dari seberang jalan bila Batman nampak aku sampai, sepantas yang mungkin die berlari melintas jalan. Pergh..! Berderau darah aku kalau tgk die berlari melintas..Al-maklum kawasan KL neh kan..kete sana sini..adoii…tertekan sekejap. Hahaha..hari lain yang aku tak nampak, yang itu aku doakan je la die selamat. ☺ Batman neh walaupun kucing jalanan tapi makan memilih juga yer.. Biskut² kucing yang aku bawa dia tak nk makan, bising dia merayu-rayu nak mknn lain. Aku pun pegilah KK Shop tu jap carikan mknn peket, sejak hari tu die makan Tuna Whiskies sahaja..aku pun tak kisah sangatlah janji aku gembira tgk die kekenyangan.  Habis makan, dia xde pun nak merayau-rayau @ ggu keje mahupun pelanggan kedai aku. Die masuk kotak yg aku sediakan dan tido..dari pg smpai ptg.  Kalau bgn pun, apalagi semata untuk makan sahaja. ♥

Beberapa hari lepas, Batman datang dalam keadaan mata agak berair dan selsema..sroott srroott sambil mengiau minta makan. Oh! Tak sihat rupanya..Aku pun tak tahu nak bg ubat apa @ camne nak legakan selsema dia, sambil makan dia terbersin-bersin, tido pun kerap terjaga dan bersin, Kesian plak aku tgk..hmm..nak bawa g klinik aku xde kenderaan mahupun hari cuti sbb aku sekarang kerja seorang diri dr pg sampai ptg. Aku fikir aku biarkan dulu dan tgk jika ada perubahan..(atau ada sesapa nk tlg? rawat? bawa g klinik?)

Hari ini aku lihat..masih tiada apa² perubahan tapi tidak pula semakin teruk selsema dia neh..cuma die jalan agak dengkot sedikit bahagian kiri kaki dia.  Naik je kedai die tak mengiau gesel pada aku seperti biasa, die ngiau sambil mengangkat kaki kiri die ke atas  halakan ke arah aku, seolah-olah mengadu  – “Kakak, kaki Batman yang ini sakitlah…”  Sedih aku tgk die..aku tgk tiada luka cuma nampak sedikit bengkak, dalam hati aku memaki hamun pada sesiapa yang cederakan die!! Aku lurut lurutkan kaki Batman dan dia tak tarik @ marah pun, diam je..hmm..mungkin lega rasanya..

Aku ingat ingin membela die di pejabat setelah cadangan untuk membela di rumah mak ditolak, mak kecewa rasanya sbb ‘Batman’ sebenar kami yang sebiji sama macam ini telah hilang. Melihatkan  keadaan Batman pada tiap² hari die datang ada sahaja yang tidak kena aku menjadi risau..
Mungkin patut aku serahkan pada sesiapa yang sanggup menjaganya…

 Pada yang berminat untuk mengambil ‘Batman’ sebagai binatang peliharaan kamu, bolehlah menghubungi aku,

E-mail : fazlina87_harry@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/fazlinafazhi

♥♥ Info ‘Batman’ ♥♥
Batman seekor kucing jantan ♥,
Kuat makan dan tidur ♥,
Umur – kemungkinan setahun lebih ♥,

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s