Mendaftarkan Perniagaan

Sekarang semua di hujung jari anda. Ecehh.. Siapa yang ingin mendaftarkan syarikat, buka syarikat baru untuk berniaga, tak kiralah nak niaga dengan membuka gerai ke, kedai ke @ online mestilah kena apply sijil SSM kan?
Apa lagi, buka sahaja laman web ssm. Ha…nak buat sijil SSM ni tak perlulah ke kaunter pun dan beratur pastu kena menunggu kat ctu, daftarkan secara online sahaja. Mudahkan? Sambil tunggu² secara online boleh gak memasak ke, men game ke then leh bergurau ngan kucing tak pun minum kopi. ^_^
Mudah tak mudah, senang tak senang yang penting anda pun perlulah menggunakan bank online untuk cas-cas yang akan dikenakan. So jom saya terangkan secara ringkas je macamna nak buat.

Memula gi –> Portal Kerajaan Malaysia, dalam laman tersebut ada button atas sebelah kanan tu yang bernama “myPortal”. Klik situ.Da masuk myPortal – daftarlah klo xde ID.. Tak perlu aku nk terangkan nk mendaftar macamana sebab semua pun dia dah terangkan sekali.
(Janganlah tunggu e-mail pengesahan tu sebab email tu sampai mmg lambat. Tunggu je beberapa jam, paling minimum pun tak sampai setengah jam, cuba masukkan myportal dgn ID yang dah daftar tu)
Da masuk? Kat portal tu xde apa pun leh buat klo ada pun anda explore la sendiri ye..

Selesai semuanya (da masuk ‘myPortal) pergi ke –> Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Klik nama tu @ Google Search je SSM.
Pilih e-Lodgement Service dan kat situ ada pelbagai pilihan. Klo nak membaca dulu, silakan..
Utk memudahkan cerita, untuk mendaftarkan perniagaan je ye aku ajar neh…
Yang nak daftarkan syarikat sahaja – ROC tu korang pepandailah baca. Aku lom arif lagi bab tu…ekekeke..

Pas pilih e-Lodgement tuh, kat ‘General’ amik no 4. SSM Subscriber Registration
Pastikan anda telah meng-install Adobe Reader ye dan browser anda yakni Mozilla ke, IE ke, Google Chrome ke, Safari ke semualah..telah update ke latest version.
Sebab form online dalam bentuk Adobe Reader ini perlu diisi online dan untuk lebih senang aku guna Google Chrome tapi klo borang tu masih susah nk isi cari atas sebelah kanan (utk Google Chrome) ada icon kecik tanda PDF,
buka PDF form tu, dan boleh lah isi. Dah isi send dulu form tu dengan tekan finish jgn la save plak, nak buat hape plak kan..ngee..
Masa dah isi subscriber neh akan dikenakan bayaran RM5.00 , pas dah bayar boleh lah ke step seterusnya.

Ouh..ouh…jap..g Portal Kerajaan Malaysia, enter ID dan check under myOnline Transaction ->check status tu Succesfull ke tidak? Klo btol bayaran dah dibuat tunggu la seketika untuk dia process ye.
Jika dah Successful, masuk semula ke e-Lodgement. Setiap transaction online yang anda buat dengan SSM boleh disemak di Portal Kerajaan neh..

Pertama sekali nak membuka perniagaan mestilah nak kena ada nama kan?
Jadi dalam bahagian ‘Business (ROB)’ pilih no 1.  Application for Business Name Approval (ROB)
Macam biasalah, pastikan Adobe Reader dan bla bla bla…semua sama cam lam penerangan kat atas tu dah update and best if you are using Google Chrome to fill these form online.
selepas kesemua maklumat dah di-isi anda boleh masuk ke Portal Kerajaan Malaysia untuk memeriksa status permohonan anda, selalunya akan mengambil masa lebih dari setengah jam.
Jika nama yang dipohon tidak lulus, sila isi form lagi dan untuk lebih baik daripada menunggu nama tu approved ke tidak, masuk ke e-Lodgement dan isi form sama dengan nama berlainan.
Korang buatlah dalam dalam 2-3 nama kan. So klo lulus 2 drpd 3 nama, pilihlah salah 1 yang mana anda suka.

Lepas dah lulus nama pilihan, pergi semula ke e-Lodgement dan pilih no.2  Online Registration of Business (ROB)
Yang ini pun kena pastikan Adobe Reader dan bla bla bla…also using the same Google Chrome and fill up the form.
Pas isi form ini, ada bayaran untuk tempoh lesen yang anda isi. Jika setahun, RM60.00 dan seterusnya la kan. Sekarang harga dia dah berubah ke tak aku tak pasti pula.
Promosi lesen yang paling latest aku tahu masa tahun 2012, yakni tahun lepas la kan. RM50 untuk 3 ke 5 tahun ntah. Sekarang dah terlambat la nk guna promosi tu…huhu
Selepas itu tunggu la pengesahan dekat Portal, jika berjaya anda akan mendapat e-mail pada hari yang sama @ keesokkannya, dalam e-mail tersebut anda akan menerima Sijil SSM anda.
Yup, itu je la semuanya.

♥ TAHNIAH. Anda dah berjaya membuka sebuah syarikat perniagaan.

Pada yang masih keliru dan tak faham, pergi ke —-> E-Lodgement <—- Dalam laman ini dalam bahagian GENERAL, bermula dari pilihan No. 6, ada pengenalan @ penerangan tentang penggunaan e-Lodgement dan file itu berbentuk PDF, bolehlah simpan dalam komputer @ cetak (print) dan baca.
Dalam PDF tu pun ada step by step untuk mendaftarkanperniagaan dan lain².

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s