Kereta Pertamaku

1303-2013  Pendaftaran

1403-2013 Berada di tanganku..

Wow, bawa kereta baru..Seronok la kan walaupun bukanlah kereta idaman aku tapi buat masa ini, inilah yang mampu aku bawa. Syukur, Alhamdulillah. Setalah bertahun-tahun aku kerja, antara mahu dan tidak akhirnya aku keluarkan sebuah kereta keluaran Malaysia sebagai kereta pertama dalam hidup aku. ^_^
Proton Saga FLX (1.3)

Orang pertama yang menaiki kereta aku pula secara kebetulan adalah opiz mate aku, Siti. Masa ni kami nak pergi lunch, jadi sebabkan ada kereta kami boleh lah gerak ke kedai yang jauh sikit. Leh jadi test drive la katakan. Balik je rumah aku macam dah tak sabar pula nak jadikan kejutan buat En. Tunang. Sebenarnya, memang dia dah tahu aku akan keluarkan sebuah kereta cuma dia tak tahu bila aku akan dapat kereta tu. Adalah sedikit helah yang aku buat untuk jumpa dia selepas balik keje masa tu. Ahakz..walaupun muka dia tak terkejut sangat tapi nampaklah dia tumpang gembira untuk aku. Hehehe… Jadi, dialah orang kedua yang aku bawa naik kereta aku plak.. Ngee.. Malam tu aku terus drive kereta aku ke Puncak Alam untuk berjumpa Cik Blank a.k.a Fazliana a.k.a Fashie. Aaa..orang yang aku telah berjanji untuk bagi dia tengok kereta pertama aku. Aku rasa dia nak test drive tapi al-maklum kete boyfie die sama jek cam kete aku jadi die tumpang naik jek. Orang ke-3 n ke-4 – Cik Fashie ngan En. Abd Wahid. Welcome aboard..hahaha.. Jauh gak Puncak Alam tu, Cik Blank leh kata tak adalah. Perjalanan dia jumpa En Kekasih die kat KL dengan bunga² cinta buat dia rasa tak jauh agaknya..tapi perjalanan aku ke Puncak Alam telah menganjakkan mileage aku dari 56km ke 179km pada hari pertama. Perghh.. Dapat aku rasakan yang aku akan service awal kereta aku neh.. Tak ada apa pun aktiviti pas da sampai sana walaupun sebenarnya ada plan nak g kampung kelip² tapi cancel sebab tunang aku da penat + mengantuk.

Car Page 1Melepak di Mc’D Puncak Alam.

Hujung minggu itu pula aku gerak ke Melaka, masa ini kan ru dapat kereta..dalam kepala aku terlintas nak melawat Atok aku yang tidak beberapa sihat sejak beberapa bulan yang lalu. Aku pun mengajak lah sekali mak dan abang aku. Lenjan kete habis²an. agagaga…Aku pun tak tahu nape sebenarnya nak pergi minggu tu gak..sebab bulan 4 ni nak pergi lagi. Hadoi..napo la mak aku x kabor awal².. Apa pun selamat da aku ke Jasin, Merlimau n Masjid Tanah dalam masa 2 hari tu. Dapatlah jumpa sedara mara aku yang lama aku tak bersua. Dalam masa 4 – 5 hari mileage aku dah pun cecah 776km. Gugugu…

Welcome to my life, Proton. (ada orang namakan kereta mereka..Jadi aku pun nak join gak so aku rasa aku nak menamakan kereta aku – Machi)

Car Page 2

My Machi – Machi ni sebuah band muzik Taiwan. Nama ni juga sempena mengambil dia masa bulan March dan bby ke-3 aku daripada Mochi and Mocha. Ha…tak jauh kan semua nama dah.. Ngee..


Lagu ni aku layan masa aku form 5 aku rasa… ENJOY. Yo! Yo! Ada part² seksa..abaikan.. huhuhu….

Advertisements

One thought on “Kereta Pertamaku

  1. Pingback: 28 Ramadhan 1434 | I.N.Z.F.U.L.L.H.O.U.S.3

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s