DIY : Sampul Duit Raya

Jeng jeng jeng….sekarang dah masuk puasa ke-24 ini juga bermakna hari ini adalah 24 Ramadhan 1434 dan ini juga bermakna ada 6 hari sahaja kita akan berpuasa dan Syawal pula bakal menjelma. Hehe..jadi minggu ni semua sibuk dengan mengecat rumah, mengisi balang dengan kuih muih raya, mengemas dan menghias rumah dan sebagainya lah.. Tak kurang juga dengan isi duit raya dalam sampul raya kan? Ngee..
Dulu-dulu aku tak adalah sibuk macam sekarang. Dek sebabkan siang aku bekerja dan malam pun aku bekerja dalam bulan Ramadhan neh jadi aku tak dapatlah nak buat sampul raya tahun ni tp aku leh share ngan korang camne nak buat sampul raya.

Sampul raya aku adalah sampul raya transparent. Ehehehe… Sampul raya ni aku bukanlah buat banyak² untuk dijual tapi kalau korang nak jual, itu hak korang la kan~ Nak tmbh duit poket kononnya..hehehe.. Aku buat kad ni sebab nak bg orang tertentu sahaja. Cth : utk adik beradik aku, mak ngan ayah aku dan kengkawan baik aku~ :p

Bahan² yang korang perlu ada adalah –

☻ Kertas tekap ( cari yang tebal sikit )
☻ Gunting
☻ Pembaris
☻ Pensel
☻ Gam / double side tape
☻ Sampul raya lama

1. Pertama sekali, korang carilah sampul raya lama, buka perlahan² agar tak terkoyak dan ukur di atas kertas tekap. Ukur bg ngam² ne taw ada extra utk buat lg 1…
Selalunya tak ada pun~ Hehehe…

2. Lepas dah ukur, gunting dengan kemas, make sure dah tandakan mana nak lipat juga ye…atau leh lipat ikut bentuk je..

3. Kemudian, gam @ letak double side tape yang size kecik tuh. Aku tak ske gam sebab menyebabkan kertas beralun jadi aku letak double side tape je..nampak kemas dan tahan.
Biarkan 1 bahagian sahaja yang terbuka. Sebab duit raya lom masukkan lagi. Ekekkee…

So, hasilnya…

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s