Meow ~ Pet Boarding

Baru nak update pasal kucing aku~ Ye la, ramai juga (tak adalah ramai mana pun..) yang bertanya dengan aku – “Mana Mochi ngan Mocha?” , “Mana anak² ko?” (dah jadi anak aku plak? Ekeke). Buat pengetahuan semua, Syawal yang mulia tahun ini aku sambut tanpa membawa kucing aku sekali. Aku membuat keputusan untuk tinggalkan mereka di Pet Boarding Houz yang terletak di Sri Rampai – berdekatan dengan rumah sewa aku. Kasihan la juga pada mereka kena tinggal kat hotel sementara aku pulang ke kampung berhari raya tapi pengalaman 3 tahun berhari raya bersama mereka telah menyebabkan aku tekad untuk tinggalkan mereka walaupun serba salah, takut kot kot jadi macam kes kedai pet boarding yang dulu tuh~ Kes empunya kedai yang tidak bertanggungjawab. Aku pun buat keputusan dengan berat hati tinggalkan mereka di situ untuk 5 hari 4 malam.

Rampai Pet ShopRAMPAI PET SHOP – Kedai ini terletak di Rampai Business Park dan aku rasa kedai ini adalah 1-1 nya kedai binatang dekat situ. Selain pet boarding, mereka ada juga sediakan pakej grooming untuk kucing dan anjing tapi aku tak pernah cuba la sebab aku mandikan dan bersihkan kucing aku dengan kudrat aku sendiri. Ehehe~ Ada juga penjualan barang² keperluan binatang peliharaan tapi tak ada plak untuk lizard ke, tupai ke, ke memang aku yang tak perasan, eh tak adalah.. Aku nampak sangkar untuk binatang, ubat-ubatan basic untuk binatang, kolar², pasir² kucing (litter sand) dan memacam lagilah~

Owner kedai ni pula, aku rasa nama dia KC TAN yang macam dalam gambar business kad die, seorang yang sangat baik. Masa pertama kali pergi ke kedai dia pun, dia dah bagi diskaun untuk pembelian pertama aku! Lepas tu terus terpikat nak datang lagi dan antara sebab lain ialah litter sand die lebih murah dari kedai Petsmore.Ha! Berbaloi² walaupun tak semuanya murahlah kan tapi Uncle KC mmg suka bg diskaun pada para pelanggan dia dan mesra alam. Masuk je kedai mereka dah senyum tengok kite, dibukakan pintu plak, membenarkan anda memeluk dan mencium kucing dia. Kan happy je gie kedai die. Masuk untuk tengok² je pun die tak marah~ Hehe (ada sesetgh kedai lain, muka masam je)

**LITTER SAND – Brand CINDY adalah pasir kucing yang sangat bgus~ Mana² kedai pun aku akan cari brand Cindy neh (kat kedai Uncle slalu habis pasir kucing neh) dan sukar untuk aku tuka pasir jenis lain. 10kg = RM 22 – 23 je kedai Uncle. Kedai lain RM 24-26 untuk 10kg dan kalau diskaun dapat lah harga cam kedai Uncle KC tapi kedai Uncle pas diskaun dapatlah harga RM 21 @ ke bawah. ^_^

Harga pet boarding pula adalah sesuai dengan budget dan tidak membebankan. 1 Sangkar = RM 20.00 tak kira lah untuk seekor @ 2 ekor kucing tapi kalau ada banyak kucing, sangkar akan dicantumkan dan aku rasa dikira lah sebagai 2 @ 3 sangkar, yang boleh memuatkan 3 – 4 ekor kucing. Jadi 2 sangkar = RM 40.00. Harga yang sebegini bagi aku murahlah daripada kira mengikut jam. Untuk itu, kos bg kucing aku adalah –> 1 Sangkar / Hari = RM 20.00 x 5 hari = RM 100.00 ♥ Makanan pula tidak disediakan, tuan empunya kucing kenalah membawa makanan kucing mereka sndiri. Huhu~ Bukan kerap pun nak tinggalkan kucing, so kenalah buat budget raya pasni..

Kedai ini bersih dan kemas. Masa sebelum tinggalkan kucing pun, aku disuruh ikut sekali ke tingkat atas untuk melihat persekitaran tempat mereka menjaga kucing semasa ketiadaan aku. Ha…bersih², kipas dan aircond disediakan, pekerja ada tinggal di bilik khas dan pembersihan 2x sehari (pagi dan petang). Aku pun lega dan puas hatilah kan sebab kucing aku kena tggl kat ctu tp kucing² dapat melihat antara 1 sama lain jadi aku faham bagaimana mereka akan stress untuk beberapa hari.

Antara gambar Mochi dan Mocha :-

Antara gambar kucing yang kena dok hotel ni gak :-

This slideshow requires JavaScript.

Selepas 5 hari, aku amik mereka nampak lah sedikit kurus sebab aku dapat agak Mochi dan Mocha tak makan untuk beberapa hari di hotel. Al-maklum, walaupun kucing indoor tapi mereka tak pernah kena duduk dalam sangkar besi neh, jadi dengan terkurung, dengan tekanan, tengok kucing-kucing lain lagi kan. Selera makan mestilah berkurangan. Upah untuk mereka adalah dengan membeli wet food, setin dua jek aku beli khas untuk bg ada energy semula.

DSCF3723

Aku membeli yang ada ayam tapi tak semua ada ayam, semuanya prawn la, seafood la, tuna dan sebagainya, last² jumpa yang ni, ada sayur ada brown rice. LOL. Aku tak pasti la mereka suka @ tidak tapi memikirkan ada ayam, aku assume kucing aku mestilah makan. =_= Nampaknya tidak, Mocha yang makan apa sahaja pun tak berminat dengan mknn dalam tin neh~ Oh, bazir je beli. Hehehe~

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s