Sakit Mata ft. Alahan

Alahai alahan neh sampai sakit mata jadinya. Aku ini alahannya tidak menentu, pernah alah dengan makanan laut. Selepas makanan laut, aku pernah alah dengan terung tapi sekarang dah makin kurang alahan pada makanan. Rasanya macam-macam dah boleh makan tapi pemakaian produk baru adalah yang aku terkena baru-baru neh.

Sebelum wujudnya rasa gatal-gatal dan naik bintik-bintik merah, aku ada memakai mask. Mask ni aku dapat percuma je drpd kawan aku sebab beli produk kecantikan drpd dia. Jadi, doktor kata kemungkinan mask yang aku pakai tu ada bahan-bahan yang tidak sesuai dengan kulit dan aku hendaklah hentikan memakai mask atau produk lain yang berkaitan dengan muka aku dan habiskan ubat yang dia beri tuh. Lepas ini kenalah pakai 1 jenis mask je dan jangan sesuka hati tukar-tukar dah. Berkaitan dengan muka kan. Takut aku.

Apa pun mata aku sekarang makin bengkak dan berair ditambah pula dengan kegatalan~ Oooohhhoooiii…RIMAS!
Huhu…sabo jek la…

Apa pun, aku dah gi klinik ambil ubat-ubatan dan dapat 4 jenis ubat dan yang paling pasti 2 jenis lagi tuh, PAHIT gila…ughh~ Nak tak nak..makan jugak lah…
Cepatlah berlalu semuanya ini..huhu..Asyik nak pegang muka je bila dia gatal-gatal..huhu…….

Nak kahwin dah neh..jangan nak memacam pula mukakuuu…huhu~

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s