Kebosanan Waktu Bekerja

Dah hampir setahun kerja dan aku tak pernah bekerja. Kalau ada kerja pun hanyalah yang mudah dan cepat untuk aku siapkan lalu menghabiskan sisa masa dengan tidak berbuat apa-apa. Apakah kebosanan yang melanda?

Kalau pengurus aku tidak datang ke pejabat atas sebab urusan atau mempunyai mesyuarat maka akulah yang bermaharajalela..MUAHAHA…Jahatnya gelak! 

TAPI…..

Bukan seronok pun sebab seorang diri di dalam pejabat yang kosong dan sunyi bersama aku dan komputer aku dan juga data-data penting yang tak penting aku serta bunyi penghawa dingin dan sesekali cengkerik otak aku berbunyi. Ohhhooii…tahap macam aku dalam bilik putih yang dikurung kerana mati akal atau bahasa kasarnya gila!

Dapat kerja macam ini memang seronok goyang kaki tapi minda aku tak berkembang dan aku tidak terdedah pada pengalaman baru mahupun mencari pengalaman yang berguna untuk kegunaan masa akan datang, Tidak ku sangka dah genap setahun aku bekerja tanpa penat dan lelah malah tanpa kesibukan atau penderaan mental dan fizikal kerana kerja tapi penderaannya terhadap badan aku nampak ketara, mana tidaknya berat badan aku naik dengan sukacita dan sihat sekali!! Oh! Tidak!!! Nak kahwin dah tak lama lagi, jangan cari pasal wahai lemak, sila isi borang tarik diri okay?! Lemak tak faham makna mulut kena faham, eh…mulut? Tekak agaknya? Hik hik..mencari kesalahan anggota-anggota yang terlibat. (Nampak kan macamana efek penderaan dekat tempat kerja aku??)

Lupakan hal makanan sekejap. Burpp~ Oppss.. Hehe.. Baru lepas makan tengahari, biasalah kan..Angin keluar. Hahaha..

Oklah, mari sambung mencanguk tengok perkara yang tidak berfaedah dan berfaedah dalam laman sosial dan laman tak sosial, laman rumah sahaja tiada ye. Laman pejabat pun tak wujud.

Gila kentang bosan.

Choww~~

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s