Sibuk bukan sebab kerja.

Aku belum ada masa nak menjengah atau nak mengkias apa-apa di laman blog aku. Aku agak sibuk dengan proses pemindahan tempat kerja dan rumah. Pejabat aku yang lama kini telah menutup tirai dan kononnya ingin membuka lembaran dan semangat yang baru di tempat baru. Tak adalah baru pun tempat ini sebab pejabat ini berkongsi dengan pejabat lain.

Aku pun mengambil langkah drastik dengan berpindah ke rumah ibunda aku yang lebih dekat dengan tempat kerja aku. Selepas 8 tahun aku tak pernah nak duduk rumah keluarga aku, akhirnya aku telah pulang ke pangkal jalan. Wakaka..Macam ikan salmon pula aku rasa tapi aku tak naklah mati macam ikan salmon tu. Macamana ikan salmon mati? Yang kes ini kenalah tengok ‘National Geographic’! My favourite channel on all time! Hehehe..

Selain itu, banyak lagi perkara yang aku kena buat dan lebih susah lagi nak memperbaharui laman blog ini dengan internet yang belum lagi disambung ke rumah aku semula. Macam 1 kekurangan pula bila jalur lebar tiada. Huyoo…Jalur lebar tuh~ Hahaha…sokong bahasa ibunda la kan..

Ok lah. Ada banyak lagi aku nak cerita, nanti aku story mory lagi.

05 : 30pm (tene tene tene) Bunyi tempat punch card. Pejabat baru guna sistem lama lagi. Nak kena punch card pula~ Ahakz!

Bubbye!!

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s