Vacation : Penang

Bercuti dengan new bestie~ Bestie baru berpangkat Tunang. Lambat naw update sebab sibuk sangat dengan memacam perkara! ^_^
Apa pun percutian kali ini agak kepenatan sedikit sebab drive sendirian pergi dan balik.

Penang Tentative

Early planning~ Yang aku dah merahkan tuh sebab dah gagal nak ikut lewr tuh~ Haha..lain rupenye klo kuar ngan En.Tunang neh~

DAY 1 in Penang
31-Aug-2013

Day 01-00

Sampai di sana, aku amik dia kat hotel di Seberang Prai dan menuju ke George Town! HEhe..Apa pun kamera aku x support plak nak amik view jauh sikit. So tak nampak lah gambar laut @ kapal yang lalu dekat ngan Jambatan Pulau Pinang neh~

1st Destination – Butterfly Farm di Teluk Bahang. RM 18.00 / dewasa dan dalam ini..tentulah banyak rama-rama. Masa kami pergi neh musim mengawan jadi nampak lah rerama jantan berpusing-pusing menari untuk menarik minat si Betina. Huhu~

2. Penang Toy Museum - kadar bayaran RM 15/dewasa adalah sangat tidak berbaloi sebab tak boleh pun bergambar dengan patung-patung yang besar, lepas tu semua replika dalam bekas cermin plastik ini bermakna gmbar yang diambil akan refleks semua muka kita. ke sebab kamera aku yang murah neh? Apa pun..die cam galeri (lg bguih muzium Kucing kat Kuching Sarawak) huhu~

2. Penang Toy Museum – kadar bayaran RM 15/dewasa adalah sangat tidak berbaloi sebab tak boleh pun bergambar dengan patung-patung yang besar, lepas tu semua replika dalam bekas cermin plastik ini bermakna gmbar yang diambil akan refleks semua muka kita. ke sebab kamera aku yang murah neh? Apa pun..die cam galeri (lg bguih muzium Kucing kat Kuching Sarawak) huhu~

Muzium Penang

3. Turun daripada teluk Bahang kami ke Georgetown dan singgah di Muzium Penang. Macam port wajib, kemana kite melawat, kenalah masuk Muzium, macam biasalah masuk muzium negeri neh bayaran die samada RM 1 @ Percuma. ^_^

Selepas Muzium Penang, kami melawat umah P. Ramlee. Opcoz la kena lawat umah neh~ Fofular katanya sebab umah die dijaga dan ada galeri P.Ramlee. Masuk adalah PERCUMA. Oh ya, sebenarnya dalam umah tersebut tidak boleh mengambil gambar ye, aku dapat tahu pun selepas dah amik gmba..hik hik.. Mana aku tahu tak leh~ :p

Selepas Muzium Penang, kami melawat umah P. Ramlee. Opcoz la kena lawat umah neh~ Fofular katanya sebab umah die dijaga dan ada galeri P.Ramlee. Masuk adalah PERCUMA. Oh ya, sebenarnya dalam umah tersebut tidak boleh mengambil gambar ye, aku dapat tahu pun selepas dah amik gmba..hik hik.. Mana aku tahu tak leh~ :p

Selesai je kami jalan² sekitar Penang. Ada sesetengah tempat dah tutup. Mereka tutup awal dan aku plak dah lewat dari jadual..jd..aku ronda² jek la~

Selesai je kami jalan² sekitar Penang. Ada sesetengah tempat dah tutup. Mereka tutup awal dan aku plak dah lewat dari jadual..jd..aku ronda² jek la~

Day 01-06

♥ Setelah berpenat lelah, En. Tunang bawa aku ke tempat makan yang menarik dan murah serta memuaskan hati! Dia dapat tahu tempat ini dari kawan sekerja di Penang. Sedap dan lokasi nya di Seberang Prai dekat juga dengan hotel kami.  Nama restoran? Alamak, aku dah lupa plak..tapi pada korang yang nak mencari lokasi restoran ini – cari “Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu”, kedai ini betul-betul bersebelahan dengan sekolah. Nampak ada air terjun tengah² restoran tu macam dalam gambar, maka itulah dia. Tips makan adalah – kalau setakat 2 orang jangan order pakej. Hik Hik..sebab masa aku kira harga per-satu dengan pakej, berbaloi gak beli per satu. Lebih kurang je harga cuma bila order per satu lauk pauk leh dapat extra lauk dari pakej. Ini pengalaman aku makan lah..lain terpulanglah~ ^_^

DAY 2 in Penang
01-Sept-2013 

Penang Hills - Bukit Bendera

Penang Hills – Bukit Bendera

Ini adalah tempat WAJIB lawat la kan kalau ke Penang. Hik hik~ Bayaran masuk adalah RM8.00 dan tiket tu korang kena simpan sebab dia tiket 2 hala. Nak turun nanti kena guna tiket sama. (ada yg buang aku tengok..nak tegur..tp tiket dowang da masuk tong sampah, aku diam jek la..) Tiada apa yang menarik dekat atas neh~ Ada galeri burung hantu tapi malaslah nak masuk sebab bukan dapat tengok burung hantu yang hidup pun kan, semuanya adalah hasil kerja seni je..En. Tunang aku pun malas nak masuk, bazir je katanya sebab bayaran masuk RM 15.00/dewasa. Hahaha..Apa pun pemandangan dari atas bukit neh memang sangat cantik! ♥ Sedihnya tak ada kamera mahal. Huhu.pasni kena aim kamera Nikon @ Canon lah pulak.. Turun je dari Bukit Bendera kami g makan tengahari tapi maap lewr..tak amik gambo. Kami makan me sup dan laksa yang sedap di tepi jalan / laut dan aku tak ingat nama van tu @ dekat mana aku berhenti tapi nampak jambatan pulau pinang selain tu tak ada pantai lah ctu..huhu~

Day 02-01

Muzium Perang ini boleh masuk dengan bayaran RM 20.00 dah naik harga katanya. Dalam laman web mereka tak update plak harga terbaru. Tempat ini sangat besar bagi aku, penat jugak la berjalan dan En Tunang aku bagi die kalau masuk tempat² tertentu kena habiskan round area tuh, aku pun join jek la..sampaikan masuk terowong pun aku ikut. Takut gila masuk terowong yang gelap tuh. Seram~ Hehehe…

Selesailah perjalanan kami. Aku dah tak boleh balik hotel sebab dah check-out, jadi En. Tunang aku terpaksa teman aku sekejap (penat kan..jadi rehat kat SPA jap..hahaha..), kami pergi makan tempat yang sama macam semalam sebelum aku memandu sendirian pulang ke KL. Dia kena tinggal di Penang untuk seminggu lagi atas urusan kerja. Sob Sob…drive sowang dalam keadaan yang mengantuk~

Alhamdulillah selamat juga sampai KL. :p

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s