Anime : Shingeki No Kyojin

Aku telah pun khatam menonton siri anime Shingeki No Kyojin atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Attack on Titan. Jalan cerita sangat menarik dari awal permulaan anime. Masa dia baru terbitkan siri anime neh aku memang menunggu setiap minggu sebab aku kurang minat membaca siri dalam bentuk manga. Manga dia pula dah terbit dari akhir tahun 2009 di Jepun dan walaupun manga lebih terperinci dan tiada ‘cut’ jalan cerita tetap aku lebih sukakan anime dalam versi VIDEO. He He.. Tak payah nak selak muka surat, tak payah nak membaca dari 1 per 1 karakter tuh~. Kata orang tak ‘feel’ la kan masalahnya aku tak ‘feel’ nak membaca! Jadi aku tak dapatlah nak digelarkan sebagai “otaku”.. Huhu. Selain jalan cerita yang menarik, aku sangat sukakan lukisan anime neh. Aku dah la tak pakar nak melukis manusia yang bermula dari basic neh iaitu melukis bentuk manusia dalam bentuk urat saraf. Memang kegagalan di situ. Hek~ Bukan je lukisan dia superb, apa yang paling aku kagum sekali tentang lukisan dan jalan cerita ini adalah kerana ianya hasil karya Hajime Isayama seorang yang masih lagi muda dan sangat berbakat! Anime ini adalah karya pertama beliau dan telah berjaya dijual 22 juta salinan manga setakat ini! Gila gempak! Isayama ni lahir tahun 1986 beza setahun je daripada aku. Tak dinafikanlah orang Jepun memang ramai yang muda mudi berbakat dalam lukisan.

Antara karakter yang beraksi dalam anime Shingeki No Kyojin
Shingeki No Kyojin

Korang nak tengok lebih detail kenalah gi Google. Sumber gambar aku dapat ni pun daripada Google. Ada ejaan yang tak betul pada nama karakter atau dalam bahasa Inggeris memang nama mereka cenggitu kot. Watak utama cerita ialah Eren Yeager, seorang remaja yang ada kelebihan dan rahsia dalam diri dia. Sipnosis cerita pun korang Google la atau lebih senang tengok terus cerita neh sebab dalam 3 episod pertama dah jelas pembukaan cerita Shingeki No Kyojin neh. Jadi korang akan faham dan kenali heronya, kenapa dan mengapa.

SHK 00

Kemas dan cantik je lukisan dia..

SHK 01

Lukisan dia neh mengingatkan aku kat anime Bleach plak..sape yang tgk Bleach tu? Anda rasa macam siapa?

My Rate – ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Link Anime / Manga : Shingeki No Kyojin
Siri : Completed

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s