Hari pertama bekerja di syarikat baru~

Hari pertama tidaklah terlalu samar² seperti kerja sebelum ini, pengalaman kali ke-2 untuk kerja yang perlu memakai pakaian formal. Heh~ Aku sampai di tempat kerja tepat jam 9 pagi, sebenarnya awal 10 minit tapi aku kena alihkan kereta dan mencari spot baru di luar bangunan. =_= Menyempitkan En. Machi di celah² abg dan cik² besar di situ. (Nasib baik pro parking) Haha. Pro sangat!
Sampai sana belum sempat duduk dah dibawa oleh Pn HR berjalan² seluruh bangunan dan berkenalan dengan orang² tertentu, bak kata Pn. HR kalau dia kenalkan dekat semua staff belum tentu aku ingat, aku setujulah dengan kata²nya malah sangat setuju dan paling kritikalnya aku tak ingat langsung siapa yang dia kenalkan. (Masalah Alzheimer) Huhu~
Setelah pusing² aku akhirnya di hantar ke stesyen aku sendiri. Di mana aku kenal En. H – orang yang interview aku. (Bapak fasih BI dia) dan diperkenalkan dengan orang yang bakal aku ganti tempatnya, En. F – orang ke-4 yang aku boleh ingat namanya. Hehehe.. Disebabkan aku banyak sangat bercakap, aku harap En. F tak lah dibosankan oleh aku sebab dia macam kena interview plak ngan aku dalam bilik IT tuh, macam²lah aku tanya sampai cerita yang tak payah cerita ke cerita patut tahu semua pun adalah, aku rasa aku kena belajar – DIAM! Haiz..In’z In’z..
Makan tengahari pula aku, En. F ajak aku join sekali dengan mereka di mana semuanya lelaki dan aku dapat rasakan aku akan OUT. Makan di restoran melayu yang harganya agak mahal (lain kali aku amik sayur jek la, tak pun bawa bekal) tapi sampai sana nasib baik ada seorang amoi nak dok ctu itupun dia hmpir nak pergi mkn tmpat lain sbb tiada tempat kosong jadi aku cepat² offer join aku makan semeja (aku sowang je kot bila dah smpai sana +_+) Fuhh..
Lepas makan, sambung buat apa yang patut dan tiba-tiba masuk jam 6 ptg, aku memang nak gegas balik mengenangkan mak aku menunggu aku, mak aku nak balik sendiri tapi aku suka amik dia dari biarkan dia balik sendirian menaiki bas tapi ada keje sikit yang buatkan aku lewat lagipun hari pertama tak kan aku nak lari pula. Ekeke..

Nampaknya tiada apa yang menarik pada hari pertama aku kerja dan tiada awek yang cun untuk diusha. Huhuhu~

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s