DNS : Hari ke-3 sudah~

Cepatnya masa berlalu, hari ini hari ke-3 aku di tempat kerja dan tiada apa yang menarik sangat berlaku pada hari ini cuma sesetengah kerja aku dah kena cuba buat sendiri dan Alhamdulillah aku boleh lakukan. Hari ini aku mencari di mana surau tempat aku bekerja, InsyaAllah bila selesai ‘cuti’ aku akan ke sana.
Balik dari kerja aku cuba cari jalan lain untuk ke tempat kerja ibunda aku, malangnya semua jalan mengalami situasi yang sama jadi aku terangkan pada ibunda aku yang setiap hari aku akan sampai dalam 6. 40 – 7.00pm. Dia memahami dan sanggup bersabar menunggu aku. Kesian ibunda aku, berbelah bahagi pula mengenangkan dia akan menunggu aku lebih sejam di lobi tempatnya bekerja. Apakan daya, menunaikan tanggungjawab di tempat kerja dan sebagai anak dalam 1 masa perlu ada tolak ansur sedikit dan aku senang hati bila ibunda aku memahami kerja baharu aku sekarang. Terima kasih,mak! ♥
Oklah, masa untuk tidur. Kena tidur awal sekarang, semalam tidur awal pun leh tersengguk dalam bilik mesyuarat. Gelabah aku terjaga! Aku sangat² lemah duduk dalam mesyuarat yang tukang terangkannya buat ulasan ikut apa yang dibaca. Ugh~ Bosan! Make it interesting with simple explanation and easy to digest la Mr. Speaker! Hehe..Bab mengata orang memanglah aku no. 1.

PS: I’m Miss Sleepy btw~

just like my cats! ♥

just like my cats! ♥

Advertisements