ME : Kesibukan

Kesibukan kerja membuatkan aku kemalasan ingin membuka lembaran baru pada blog aku yang kian berhabuk. Fuhh..fuhh.. Habuk di rumah dah dapat dikurangkan dengan pembelian mesin vakum. Habuk online tak dapat nak vakum plak..hehehe.. Vakum yang aku beli tu memudahkan aku untuk sedut semua bulu-bulu kucing yang berterbangan dan boleh membuatkan mak aku berhenti sekejap cakap rimas dengan bulu mereka yang sejak dua menjak ini semakin ketara nampak keguguran tapi dalam beberapa minggu ini dah kurang selepas distabilkan pemakanan mereka semula. Uhuk! Mereka makan makanan kucing jenama Blackwood yang di ura-ura sangat bagus dan baik untuk mereka. Sebenarnya masa mereka kecik molek memang aku bagi Blackwood tetiba kewangan aku tak mengizinkan lalu aku bagi Frieskis dan bermulalah tragedi Okt aku tuh~ Jadi sekarang aku belikan semula jenama tu. Tak mengapalah poket aku koyak sikit demi menjaga mereka yang tersayang.

Bulan ini pun aku sedikit sibuk menguruskan hal-hal yang pelbagai. Awal bulan haritu aku buat passport. Ahakz! Pertama kali aku mempunyai passport, biasalah teringin juga nak melancong jauh SIKIT. Jauh sikitlah tak banyak pun. Aku buat perancangan bersama Cik BLANK. Kami rancang ingin pergi bersama tunang masing-masing. Uiks..lupe nak buat Al-KISAH, Cik Blank dah bertunang. Tak apa, nanti ada masa aku cerita. Haha. Kami merancang ingin ke Universal Studio Singapore. Al-maklum, belum mampu nak pergi Universal Studio kat Hong Kong @ yang dekat Aussy tuh~ Fuhh..kalau pergi yang jauh gile mahu kering bank aku tu bukan kering je terus bank—rupt..Ekeke..

Selain kerja dan urusan bersama kengkawan, aku sibuk ‘leveling’ yakni menaikkan level character aku dalam RAN ONLINE MALAYSIA, salah satu MMORPG Game yang aku tengah gila main dan game event experience always on weekend. Fffttt….weekend je dia buat?! Apa boleh buat, terpaksa aku tolak tawaran melepak @ berjalan-jalan kerana game. Muahaha..sanggup tuh~

Apa pun minggu ini aku tak sabar nak ke USS. Release tension kerja dekat sana pun okay juga kan! Woot Woot…

Tentatif Trip aku akan update nxt week jika ada masa! Hehe..so boleh la jika nak rujuk ke hape kan~

Advertisements

6 thoughts on “ME : Kesibukan

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s