ME : Sakit itu ujian kan?

Dah masuk hari ke-3 aku mengalami masalah yang tidak selesa di bahagian perut dan masuk 2 hari aku cirit birit. Tak adalah pula aku nak menyusahkan sesiapa waktu aku sakit cuma saje mengada-ngada waktu sakit, mak aku jek la rajin layankan cuma kena tahan la bebel yang mengambil berat tu..Hehe..Dia cakap, aku kurang minum air lah, makan tak banyak sayur la, suka skip breakfast la sambil tu dia carikan ubat lah, sapu minyak panas @ suapkan makanan. Gedik!Bukanlah setiap masa pun merengek kat mak.

Semalam aku tak selera nak makan malam. Mak masak ikan masak pindang. Aku suka tapi aku rasa ikan dia hanyir buat aku rasa nak muntah. Jadi tak jadi makan ikan tu so aku makan biskut  lepas beberapa keping pun rasa nak muntah. Tak adalah nak mengada-ngada minta mak aku masakkan macam-macam. Apa yang ada aku makan, tak ada pape aku makanlah roti @ biskut untuk alas perut tapi kalau tadahkan KFC ke, McDonalds ke…hamboi..hilang sakit perut. Hahaha~ Sakit makanan junk food ke hape ni? Tetiba teringat lama dah tak food hunt dengan Cik Blank..Al-maklum Cik Blank food hunt dengan tunang dia dah sekarang.. ^_^

Apa pun Al-kisah sakit perut aku sampailah ke sekarang ni rasa tak selesa buatkan aku tak ada mood nak buat kerja tapi nak MC pun rasa rugi juga lagi bosan duduk rumah. Harini nasibku sangat baik sedikit, kerja aku memahami aku agaknya, tak larat nak jalan jadi kerja pun kurang.

Kalau esok tak baik juga memang aku kena ke klinik la buat check-up. Mungkin taun ke? Keracunan makanan ke? Gastrik ke? Apendiks ke? (aku ada Google tadi..simptom Apendik pun camni juga..Opss..)

Nak update g S’pore pun tak ada mood. Nak update hari Cik Blank bertunang…tp gambar lom habis edit lagi. Cik Blank dah bernikah pun lom tentu upload agaknya neh…hahahaha….Slow-slow edit..Idea lom mai lagi….

Advertisements

3 thoughts on “ME : Sakit itu ujian kan?

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s