Naik Pangkat 2

Naik pangkat pekerjaan? Belum lagi. Hehe. Ini adalah naik pangkat versi 2 dan nama pangkatnya masih sama yakni ‘ Mak Ngah ‘. Tetiba rasa semakin tua pula. Ahakz.. (Cerita ‘Naik Pangkat‘ yang 1st – utk yg lom baca).

Alhamdulillah, adik aku telah selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada minggu lepas dan akibat kesibukan aku terlambat nak update mengenainya. Hehe.

Bayi seberat 2.45kg telah selamat keluar melihat dunia pada jam 10.54 pagi hari Sabtu, 22 Mac 2014 bersamaan 20 Jamadilawal 1435 dan telah dinamakan – Muhammad Adam Hakimi oleh ibu & bapanya.

Mak Ngah doakan sama macam Haikal yakni agar kedua-dua kamu membesar dengan baik dan akan menjadi anak yang soleh, jadi budak baik, bijak, pandai dan akan berbakti untuk ke-dua ibu bapa kamu. Wee…

Sempena kelahiran Haikal dan Hakimi, mak ngah belikan kamu kek hari lahir tapi hanya mak kamu je boleh makan itupun dia hanya jamah sedikit sahaja sebab perlu ikut aturan pantang bersalin. Hehe.

Picture Moment!

MuhammadAdamHakimi

2

846

ME : Mengatur Langkah

Apabila telah ditetapkan tarikh maka aku membuat perancangan 1 per 1. Aku sukakan tarikh yang aku pilih sebab senang nak ingat dan bagi aku tarikh itu sangat istimewa. Setelah aku tetapkan tarikh, aku mencari dewan. Perkara pertama aku buat tapi disebabkan masa aku nak buat tempahan dewan tu 5 bulan sebelum majlis macam terasa awal jadi aku tangguhkan sehinggalah awal bulan lepas dan sangat kecewanya tarikh itu ada orang lain telah memintas tempahan aku beberapa hari sebelum tu. Kecewa dan kecewa akhirnya aku pun tempah dewan Bandar Utama tanpa melihat bagaimana rupa dewan tersebut sebab aku harap ianya serupa dengan dewan Damansara Utama. Kekecewaan bertambah apabila aku tidak berapa suka dengan keadaan dewan tersebut tapi mak aku kata dia suka. Kalau mak aku kata suka, aku nak juga disedapkan lagi hati dengan pendapat daripada tunang aku. Aku harap dia pun suka lagi pun nak mencari dewan lain adalah sukar dan mahal.

Apa pun, esok aku akan bersama tunang aku untuk melawat dewan tersebut sekali lagi sebelum membuat pembayaran penuh. Nanti aku akan update gambar dan alamat dewan. Dewan ini adalah dewan komuniti di bawah pengurusan MBPJ jadi sebarang maklumat lain kenalah ke laman web dan hubungi terus pejabat MBPJ.

Selain dewan, aku dah ada beberapa pilihan katering dan jurugambar di dalam benak kepala aku cuma tinggal untuk pilih dan tetapkan tempahan. Aku pilih yang biasa sahaja mengikut budget yang kami ada. Lagipun berserdahana itu kan baik. Nanti aku akan pergi setiap katering yang aku pilih untuk food testing. Dalam hal ini aku akan bawa mak dan tunang aku. Mak aku jenis pandai sikit merasa makanan dan tunang aku pula cerewet dalam bab makanan dan aku pula suka mana yang sedap ikut tekak aku je. Jadi nanti ada 3 pendapat so boleh buat 2 vs 1 nye pendapat. Kalau 3-3 suka lebih senang untuk tahu keputusan katering.

Lagi beberapa bulan tapi aku dah rasa macam tinggal lagi sebulan je akan majlis aku berlangsung..hehe..tapi aku masih bertenang je..

So keep calm. Relax.

Pray to Allah for guidance. He knows what best for both of us.