ME : Mengatur Langkah

Apabila telah ditetapkan tarikh maka aku membuat perancangan 1 per 1. Aku sukakan tarikh yang aku pilih sebab senang nak ingat dan bagi aku tarikh itu sangat istimewa. Setelah aku tetapkan tarikh, aku mencari dewan. Perkara pertama aku buat tapi disebabkan masa aku nak buat tempahan dewan tu 5 bulan sebelum majlis macam terasa awal jadi aku tangguhkan sehinggalah awal bulan lepas dan sangat kecewanya tarikh itu ada orang lain telah memintas tempahan aku beberapa hari sebelum tu. Kecewa dan kecewa akhirnya aku pun tempah dewan Bandar Utama tanpa melihat bagaimana rupa dewan tersebut sebab aku harap ianya serupa dengan dewan Damansara Utama. Kekecewaan bertambah apabila aku tidak berapa suka dengan keadaan dewan tersebut tapi mak aku kata dia suka. Kalau mak aku kata suka, aku nak juga disedapkan lagi hati dengan pendapat daripada tunang aku. Aku harap dia pun suka lagi pun nak mencari dewan lain adalah sukar dan mahal.

Apa pun, esok aku akan bersama tunang aku untuk melawat dewan tersebut sekali lagi sebelum membuat pembayaran penuh. Nanti aku akan update gambar dan alamat dewan. Dewan ini adalah dewan komuniti di bawah pengurusan MBPJ jadi sebarang maklumat lain kenalah ke laman web dan hubungi terus pejabat MBPJ.

Selain dewan, aku dah ada beberapa pilihan katering dan jurugambar di dalam benak kepala aku cuma tinggal untuk pilih dan tetapkan tempahan. Aku pilih yang biasa sahaja mengikut budget yang kami ada. Lagipun berserdahana itu kan baik. Nanti aku akan pergi setiap katering yang aku pilih untuk food testing. Dalam hal ini aku akan bawa mak dan tunang aku. Mak aku jenis pandai sikit merasa makanan dan tunang aku pula cerewet dalam bab makanan dan aku pula suka mana yang sedap ikut tekak aku je. Jadi nanti ada 3 pendapat so boleh buat 2 vs 1 nye pendapat. Kalau 3-3 suka lebih senang untuk tahu keputusan katering.

Lagi beberapa bulan tapi aku dah rasa macam tinggal lagi sebulan je akan majlis aku berlangsung..hehe..tapi aku masih bertenang je..

So keep calm. Relax.

Pray to Allah for guidance. He knows what best for both of us.

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s