ME : Teringin nak pergi bercuti..

Dalam beberapa minggu lagi aku tidak akan lagi ber-status bujang..tetapi dalam minggu ni Cik Blank asyik tukar profile picture dia di Facebook ke gambar-gambar kami pernah pergi bercuti dahulu. Haiyak…kerinduan untuk bercuti terpaut semula. Mungkinkah kami dapat pergi bercuti berdua macam tu lagi?Mungkin ya dan kemungkinan besar adalah tidak. Seronoknya dulu pergi bercuti dengan Cik Blank, memenuhkan tentatif dan tidak ter-sengaja membelanjakan duit melebihi budget yang telah ditetapkan. Hahaha..Pengaruh besar dari Cik Blank sebenarnya. Dia kata, duit boleh cari lagi. Hahahaha…

Pertama kali pergi melancong, pertama kali beli tiket kapal terbang sendiri, pertama kali nak naik kapal terbang, pertama kali merancang perjalanan dan bajet yang perlu disediakan. Pertama kali jejak ke – Kota Kinabalu, Sabah tahun Mei 2011. Destinasi pertama untuk melancong. Cik Blank – pertama kali jejak sini juga kan? Pengalaman yang paling dingati masa 1st time melancong adalah di lapangan terbang LCCT di mana kami terpaksa bayar kos tambahan untuk letakkan bagasi kami. Sob Sob…Mahal kot bayar kat situ masa tu. Sedih kami. Apa pun setelah naik kapal terbang dah terlupa kesedihan tu. Memang 1st time naik kapal terbang kan, mana nak tahu kena beli port bagasi online untuk harga rendah, ingatkan sebab harga murah, kalau perlu baru nak bayar dekat sana. Rupanya tidak. Hamik kaw~ memang pengajaranlah sampai bebila. Ekekeke…

Tempat ke-2 kami jejak adalah Cameron Highland, masa ni pun kelakar sebab kami tak rancang nak kemana. Tetiba datang kepala gila aku suruh Cik Blank siap – JOM! G Cameron Highland! Cik Blank mmg sporting. Ikut je la kehendak aku. Wakaka..Everything we share except car maintenance. Muahahaha…di mana ini adalah destinasi pertama melancong menaiki kereta. Kereta Myvi hak milik Cik Blank. Tongtong (Share) minyak, tongtong bajet makan, perbelanjaan dan lain-lain. Pengalaman gila ialah kami naik Cameron guna jalan lama dan hampir masuk gaung sebab aku hilang penglihatan secara tetiba. Gulp! Cik Blank je la pham situasi tu camne. Lepas tu kami dapat tahu Cameron tu xde la sejuk sangat pun, nak ambil gmbar kat ladang teh pun tak tahan lama-lama sebab kepanasan. Huhu. Selain tu aku baru je dapat tahu yang aku bukan sahaja takut dengan lipas @ geli dengan cicak sebab aku takut juga dengan makhluk yang cantik dan comel. ngee…rahsia yang hanya Cik Blank je tahu~ :p

Lepas tu kami mulalah bajet kan wang perbelanjaan kami untuk trip yang akan datang…kami pergi Langkawi, Kuching, Perak dan short trip last adalah sambutan Hari Lahir Cik Blank di Bukit Fraser. Lepas tu aku bz, dia bz dan tetiba aku bertunang, dia bertunang. Ngee.. Masih ada trip terakhir kami pergi. Pertama kali trip kami ke luar negara dan kami bawa tunang masing-masing. Short trip ni sehari je dan destinasinya adalah Singapura. Hehe..sebut luar negara macam jauh sangat je kan? 😛

Banyak kenangan pahit dan manis semasa lawatan, sebelum dan selepas. Semuanya akan jadi pengalaman yang terindah dalam hidup aku. Lepas ni kena tempuh al-kisah hidup yang baru.

Advertisements

One thought on “ME : Teringin nak pergi bercuti..

  1. hahaha aah kan.. teringin nak cuti lagi. tp alahai!!! da bedua ni aku rase lagi ssh nak berjemba sb bajet manjang. ekekekeke. tak le tak nak pk kali ni dah. the big day is just around the F corner. weooop! Soon, there will be another story with another person. Thats gonna be, a giant different in every aspect. Excited? Nervous? hahaha… No idea. Im BLANK. remember? ^_^

    so… wheres our next short trip? ekekekeke.. 😛

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s