DIY : Peta Kad Kahwin

Lamanya tak update apa-apa berita kan? Tetiba update pasal peta kad kahwin pula. Hehe..bukanya apa, majlis aku semakin dekat dan di sini aku ingin berkongsi sedikit ilmu untuk para-para bakal pengantin yang ingin membuat peta kad kahwin mereka sendiri. Sebenarnya kamu semua boleh melukis @ lakarkan sahaja peta tu di atas kertas dan hantar pada pembuat kad kahwin, nanti pandailah mereka mengubah dan mencantikkannya mengikut citarasa anda tapi ada sesetengah pembuat / pencetak kad kahwin mengenakan harga extra jika mereka tolong buatkan peta. Kasihan kat pengantin, dah bayar kad pun nak kenakan harga lain semata-mata tolong kamu buat peta selalunya tak mahal tapi rasa macam “alahai, tolong buat peta pun nak berkira ke?” Ehehe…pendapat aku lah kan..

Okay lah, melalut pula. Pada siapa yang pandai guna Photoshop untuk membuat peta tu sangatlah beruntung kan tapi aku ni walaupun dulu pernah mengambil kursus ‘Computer Graphic’ tapi nak buat peta ke, edit gambar ke sangatlah ‘FAIL’ dalam menggunakan perkhidmatan Photoshop. Kui Kui Kui…

Selesaikan masalah pada kita-kita yang sukakan benda yang senang dan mudah difahami, aku perkenalkan Edraw Max. Perisian yang memudahkan banyak kerja. Edraw Max bukan perisian percuma, kena beli lesen untuk penggunaan yang penuh. Apa pun kalau kamu nak pakai lama memang berbaloilah beli perisian ini tapi kalau setakat nak buat peta kawin, download dan pakai dalam masa tempoh percuma yang mereka berikan. Disebabkan guna dengan percuma adalah sesetengah item yang tak dibenarkan pakai. Hehe. Normal la tu kan…(psstt….carilah yang ‘crack’ – versi lama pun tak apa..ekekeke…)

Edraw 1Inilah rupa Edraw Max. Boleh buat diagram, borang, carta, peta dan lain-lain. Menarik tak? Mereka sediakan simbol yang basic sahaja. Kalau nak simbol yang menarik download lah icon berbentuk PNG dan upload masuk Library software ni.

Edraw 3Pilihlah nak buat peta dan akan keluar pilihan. Selalunya peta kita buat ‘Directional Map’ sebab senang nak buat dan tak susah nak faham. ‘Directional Map 3D’ ni sangat menarik. Kalau anda seorang yang kreatif bolehlah guna simbol yang disediakan.

Edraw 2Ini adalah contoh dalam bentuk 3D yang disediakan.

Aku pula menggunakan Directional Map + 3D = campur-campurkan sebab aku tak kreatif sangat pun nak gunakan 100% simbol 3D tu. Meh aku tunjukkan cara aku gunakan Edraw untuk lukis peta kahwin aku sendiri.

Edraw 5Search / Cari lokasi di mana anda akan mengadakan majlis menggunakan Google Maps, Print Screen dan save (guna ‘paint’ untuk paste and save in JPEG format). Kemudian insert peta kamu dalam Edraw Max. Boleh click ‘Insert – Picture’.
Gunakan icon yang disediakan dan letak di atas jalan-jalan utama dan yang penting sahaja. Lepas tu masukkanlah gambar yang kamu dah download dalam bentuk PNG tu. Hospital tu icon 3D tapi yang bukan 3D gambar masjid @ bandar. Hehehe…aku malas nak cari da~ Pakai apa yang ada sahaja.

Edraw 4Dah siap semua, delete je gambar peta tu…dan TARAAAA….peta aku dah nak siap. Load library untuk buat diagram dapatlah kotak anak panah tu, tinggal letak alamat je dalam tu tak pun hantar je gamba map anda ke kedai. Save dalam bentuk PDF @ JPEG dan pastikan masa SAVE tu pilih save untuk dicetak (Tick – print) supaya dia akan save dalam format high pixel dan sesuai untuk dicetak.

Edraw 6Ni contoh peta yang save tanpa tick – Print tapi aku manually input pixel. Ini 600×600 pixel. Jelas kan? So kalau kedai tu nak crop gambar kamu bagi pun tak jadi masalah sebab sharp.

Aku nye peta pun kena crop dek orang kedai pencetak sebab tak muat dalam kad. Pilih saiz kad kecik je…jimat sikit. :p Bukan orang lain frame pun kad tu, nanti semua dalam tong sampah. Hehehe…

 

 

 

Advertisements

9 thoughts on “DIY : Peta Kad Kahwin

  1. Assalam, boleh ke kalau nak minta tolong buatkan peta utk saya? Lokasi, IKM Kg Pandan. Ke tak boleh ya? Huhu.. Urgent sgat. Saya tak reti nak buat semua tu.

    Atau boleh saya hubungi Puan untuk berbincang? Terima kasih, Puan.

  2. nak tanya…sy buat kad kahwin utk mmber aritu,n bila nak save..tiba2 ada watermark created by trial version..mcm mane nak buat yg takde watermark tu eh??nak beli lesen penggunaaan penuh tu..mcm tak brapa nak pakai dulu kot..help meee ;(

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s