Cuti : MH Holiday ft. Masflyz

Baru-baru ini ada promosi daripada MH Holiday di Ampang dan tunang aku terpedaya dengan promosi tersebut, bukanlah terpedaya tapi mesti dia teringatkan aku yang suka melancong dan alang-alang ada promosi murah macam ini dia teringin hendak buat kejutan untuk aku. Konon mungkin dengan promosi ini senanglah kalau aku nak ‘honeymoon’ dengan dia nanti. (Kami dah nak kawin! <3)

Aku bukannya tak suka dengan kejutan dia tapi aku kan suka berjalan dan sebelum ni dah banyak tempat aku berjalan. Aku selalu wat survey sebelum berjalan, aku dan Cik Blank selalu merancang dan buat budget jadi sudah tentu kami akan bandingkan harga pakej dengan pergi sendiri. Ternyata kos pergi sendiri lebih murah tapi ada juga pakej yang murah daripada kami pergi sendiri. Dalam banyak-banyak tempat – Langkawi sahaja yang kami pergi dengan pakej. Itupun pakej ini Cik Blank yang dapatkan di Matta Fair. Tidak dinafikan memang berbaloi. Kesimpulannya adalah pilihlah yang mana sesuai. Bukan semua travel agent itu tidak boleh dipercayai.

Aku tidak mahu kecewakan hasrat tunang aku, jadi aku mencari tentang MH Holiday di internet. Laman web MH Holiday telah ditutup dan tiada Facebook pages mengenai MH Holiday lepas itu tunang aku kata MH Holiday tak guna laman web http://www.mhholiday.my sebaliknya menggunakan http://www.masflyz.my. Aku agak tahu sedikit untuk semak latar belakang laman ini. Mereka cuma gunakan wordpress seperti aku dan contact no mahupun alamat pejabat juga tidak disediakan malah tiada juga Facebook pages selain itu laman ini baru dinaikkan tahun 2012. Ada juga contact no yang diberikan tidak berjaya dihubungi.

1 per 1 aku jumpa agak mengecewakan. Ada juga beberapa blog dengan komen yang menakutkan aku. Aku risau tunang aku ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika pakej yang diberikan bagus, sudah tentu sepatutnya servis mereka lebih bagus dan menaikkan nama syarikat mereka tetapi aku tidak nampak mereka mempertahan syarikat mereka. Malah lebih mencurigakan apabila banyak travel agen berlainan nama mempunyai pakej yang serupa serta seperti di bawah naungan yang sama dan mereka yang membeli pakej tersebut menyatakan mereka ditipu. Oh! M G. Sila rujuk blog ini utk keterangan lanjut : Blog Ibu Najla

Antara blog yang buat kepercayaan aku 50-50 ialah ‘Diari Si Ketam Batu‘. Dalam blog tersebut adalah penerangan tentang kad masflyz di mana tunang aku pula dapat kad ahli MH Holiday tak sama seperti kad tersebut. Kad MH Holiday warna kebiru-biruan dan tertera ‘limited edition’. Tunang aku pula segera mendaftar setelah diyakinkan tinggal cuma 2 kad tersebut tapi yang tak logiknya sampai ke malam mereka promosi kad ahli tersebut. Ini bermakna lebih dari 200 orang mendaftar. Betul tak? Lihat komen dalam blog tersebut ramai yang meragui pakej mereka tetapi ada antara mereka yang berjaya membuat tempahan serta telah menggunakan perkhidmatan mereka dan segelintir komen tentang servis mereka yang lembap dan lambat membuat respond.

Para ahli yang telah menggunakan perkhidmatan Masflyz berkata mereka tiada masalah dengan syarikat ini malah voucher / sebut harga yang mereka berikan ternyata murah dan berbaloi. Ada juga antara mereka berkata Masflyz buat kerja atau memberikan respon yang lambat dan menyebabkan percutian mereka tergendala.

Jika syarikat ini bukan scammer kenapa tidak tampil ke hadapan dan menerangkan situasi sebenar kepada para ahli yang baru mendaftar?

MATTA & Astro keluarkan kenyataan ini baru-baru ini. Kenyataan tersebut adalah pada 8hb Mei 2014. Sangat-sangat baru.
MASFLYZ - Astro Awani MASFLYZ - MattaTidakkah dengan kenyataan daripada media ini mengukuhkan lagi bahawasanya MH Holiday @ Masflyz ini tidak boleh dipercayai..?
Apa pendapat anda? Saya sangat-sangat risau jika tunang saya ditipu…dan membuatkan saya berbelah bagi untuk membenarkan dia membuat pembayaran baki seterusnya.

Perlukah membuat repot polis? Repot hak pengguna yakni KDNKK?

Advertisements

2 thoughts on “Cuti : MH Holiday ft. Masflyz

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s