After few month….

Pergh…sungguh lama aku tinggalkan dunia blogging. Bermacam dugaan dan masalah aku alami. Aku sekarang cuba tempuh dengan sabar dan redha. Semoga segalanya dipermudahkan oleh yang Esa.

Nak cerita pun malas tapi ada al-kisah cerita Meow Mocha dan Meow Mochi. Pagi tadi aku bangun dalam keadaan pelik apabila aku tak dikejutkan dengan suara Mocha @ Mochi. Ya Allah, berderau terus darah bila mereka tiada dalam rumah. Pintu tertutup rapat tapi tingkap tepi terbuka luas. Terus tak sedap hati. Aku sarungkan kepala dengan tuala terus berlari ke tingkat atas. Tiada. Meluru ke tingkat bawah sambil menjerit-jerit nama Mochi dan Mocha. Aku paling risau dengan Mochi sebab dia jenis tak menyahut. Sekali aku nampak kelibat bebulu celah pasu. Mochi? Terus keluar kepala dan melompat ke arah aku. Oh..Mochi..mesti ketakutan tapi Mocha tiada di tempat sama. Aku terus turun ke bawah lagi. Jantung aku berdegup kencang. Punyalah luas kawasan bawah rumah jadi aku jerit nama Mocha dengan harapan dia sahut panggilan aku. Aku pergi kawasan parking kereta. Mocha!!! Mocha!!!.. Meowwwwww…Mocha jerit dari bawah kereta tapi tak nak keluar, dia hulur kaki je. Astagfirullah. Kaki belakang dia terkulai je. Aku tarik kaki depan yang dia hulur kat aku. Bunyi marah tanda sakit kaki belakang. Menggigil dia tahan kesakitan. Ya Allah…kesiannya kucing aku. Haiz..aku bawa balik rumah dan termangu seketika macam tak sangka mereka sanggup terjun keluar tingkap. ( Bawah tingkap ada tembok kecil yang muat untuk kucing berdiri situ ) Sebab tembok tu aku rasa mereka berani keluar dan nak lompat ke ruang beranda depan rumah. Alhamdulillah Mochi sihat tanpa sebarang kecederaan. Mocha mungkin terseliuh kaki dia (mungkin ke dia kena pukul?) Sejak bawa balik rumah, Mocha tidur je dan makan bila aku suap. Minum air pun aku suakan.

Sob sob..sedih tengok Mocha. Nanti kalau bengkak aku akan bawa ke klinik. Setakat ni kaki tu ada respon dan sakit. Takut juga jika ada keretakan. Haizz…

Mocha mocha…..napalah degil sangat awak ni…

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s