Jerebu

Lebih kurang 2 minggu sudah negara Malaysia dilanda jerebu. Alahai, jerebu.. Keadaan udara adakalanya teruk, adakalanya agak baik sedikit.

Tak dapatlah nak kerap keluar atau melakukan sebarang aktiviti di luar. Lebih-lebih lagi sekarang aku ada si comel. Si Comel aku, Khairunnisa’ baru sahaja baik daripada selsema dan batuk. Masa baru kena hari itu, memang sedihlah. Hidung kerap tersumbat dan mengganggu tidurnya yang lena. Aku tak pergi klinik, ini kerana Si Comel aku baru berusia 4 bulan. Bayi tiada ubat khas dan apa yang doktor pakar beri pun sebenarnya tidaklah seberapa baik untuk bayi melainkan TERpaksa diberi oleh sebab-sebab tertentu. Tapi kalau dah darurat sangat takkan masih tak berubat, ye tak? Itu semua atas hak keibuan masing-masing. Aku masih bertahan. Lap hingus, mandi air suam, tidak basahkan kepala, sapu minyak Yu Yee di dada, hidung dan kaki. Bila dia batuk berkahak, telangkupkan / meniarapkan dia dan keluarkan kahak. Akhirnya, genap seminggu tiada lagi selsema. Tinggal bunyi kahak ada sedikit. Fuhh, lega…

image

26 Sept 2015. Kabus tebal menutupi pemandangan.

image

27 Sept 2015. Agak baik sedikit walaupun jerebu belum pulih lagi.

Jadi semua, kurangkan aktiviti luar. Banyakkan meminum air dan jangan lupa pakai penutup muka.

image

Macam En. Suami saya ini..cuma pakai topeng biasa-biasa je ni, yang penting tutup hidung dan mulut. Hahaha..

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s