Hampir meroyan dan gila.

Sekarang cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan dan kadang-kala sedap angin tiup kuat dan cuaca mendung. Dek kerana cuaca yang bertukar-tukarlah tetiba aku demam. Dah lama aku tak demam sejak ada anak pertama sebab aku masa itu dah fikir, kalau aku demam nanti susah jaga anak. Kalau aku demam, nanti berjangkit pula dekat anak tapi akhirnya kali ini aku tewas.

Aku demam sekali pakej batuk dan selsema, sakit kepala jangan cakaplah, memang berdenyut-denyut kepala aku. Aku dah cuba jarakkan diri aku dengan anak aku tapi aku seorang suri rumah, aku lah yang kena uruskan anak-anak. Lebih-lebih lagi yang kecil masih menyusu badan dengan aku. Nak tak nak aku tawakkal dan harap sangat mereka tak berjangkit daripada aku tapi apa yang aku takutkan jadi kenyataan, bila demam aku semakin kebah, anak-anak aku berjangkit batuk dan selsema aku.

Banyak perkara yang buat ibu bapa tertekan bila anak-anak sakit lelagi anak yang berumur bawah 3 tahun apatah lagi bayi. Bayangkan yang aku seorang suri rumah rasa tertekan dan boleh jadi kurang sabar jaga anak yang sakit batuk selsema apatah lagi pengasuh yang anda semua upah. Kalau pengasuh anda jaga anak anda dengan baik lelagi waktu anak anda sakit, tolonglah hargai dia. Belikan dia sarapan ke, hadiahkan cenderamata ke apa atau bagi bonus ke kan? Huhu.

Anak yang kena selsema atau batuk akan lebih kuat tantrum daripada biasa. Malam tidur mereka tidak akan lena sangat dan menyebabkan Si Ibu tak cukup tidur dan siang mereka penuh ragam. Ada sahaja yang tidak kena dan mereka asyik menangis lepas itu kita akan nampak mereka gosok-gosok hidung. Tersumbatlah tu. 

Anak aku yang berumur 2 tahun nasib baik tidak banyak karenah tapi cepat menangis. Kita kalau boleh tak nak dia menangis nanti selsema lambat hilang tapi nak buat macamana, ada sahaja yang tidak kena. Makan tak nak, main nak kena duduk sebelah dia, sentiasa nak tengok kartun dan macam-macam hal. Kalau tak ikut kehendak dia mulalah ragam dan tantrum. Masalahnya bukannya tak nak layan dia seorang, yang adik dia aku kena layan juga. Adik dia baru 3 bulan, kena batuk selsema, anda rasa macamana bayi punya ragam masa batuk selsema? Lagi jenuh nak layan dan pujuk. Lagi serba serbi tak kena. Hidung tersumbat, susah nak menyusu dan sentiasa tidak selesa. Bayi kalau menangis, memang tekanannya dengar bunyi tangisan dia. Ohooii…mencabar keimanku sangat-sangat.

Bila anak aku berumur 2 tahun buat perangai, serius aku rasa tangan aku sangat ringan. Rasa macam aku nak cubit-cubit dan pukul dia. Ye la, dia belum pandai nak cakap jadi aku tak tahu apa dia nak, dia tunjuk itulah, inilah. Masa tak sakit memang tak ada dia nak mengada-ngada nak itu ini. Aku pula tak sempat nak buat air untuk diri sendiri pun, dah dia rebahkan badan atas lantai dan mula menangis. Masa ini memang aku rasa nak terajang makhluk kecil depan aku. Nasib baik aku boleh berfikiran waras dan ajak dia buat benda lain, memang susah nak pujuk tapi perlahan-lahanlah. 

Sama juga bila yang bayi mula meragam, sukar tidur dan tak nak baring. Menangis dan asyik nak kena pegang. Siang macam tu, malam pun macam tu. Kalau ikutkan nafsu syaitan, memang rasa nak hempas atau tekup dengan bantal. Mana taknya, dah la tak cukup tidur lepas tu dia nak kena pegang baru diam, penat nak dukung dia je. Masa ni level tekanan dan paras darah boleh naik dengan mendadak tapi cepat-cepat ingatkan Tuhan dan berzikir. Astagfirullahalazim.

Aku kira bernasib baik bila suami aku boleh tolong bergilir jaga, lebih-lebih lagi waktu malam. Aku pun memang minta dia faham situasi dan keadaan aku. Nak tak nak, dia kena tolong ambil alih.

Serba sedikit aku macam faham kenapa ada budak kena dera dan bunuh oleh ibu bapa sendiri mahupun pengasuh. Ibu bapa kenalah saling bantu membantu dan selesaikan cepat-cepat masalah anak sakit. Sakit datang bukan dipinta dah memang ujian. Banyakkan bersabar. 

Kalau terpaksa hantar dekat pengasuh, cakap bebaik dekat pengasuh, beritahu anak meragam macamana dan kalau baik hati belikan pengasuh sarapan atau apa-apa makanan. Ye la kot kot dia tak sempat makan atau sarapan anak anda dah meragam, mesti tekanan dia. Agaknyalah. Wallahuallam.

Kunci utama 

– tingkatkan tahap kesabaran dan iman. 

Advertisements

Komen >

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s