Borong Bangkit Cheese 2017

Banyak perkara aku nak cerita tapi semua jadi ‘draft’ tapi al-kisah borong bangkit cheese perlu ditularkan. Haha.

Dah bertahun-tahun menjual, masih tak jemu, masih tak putus asa. Masih menggalakkan orang lain untuk bersama-sama berniaga dan berkongsi rezeki. 

Ramai dah tahu atau rasa kuih Bangkit Cheese. Sedap dan cair di mulut. 

Cuma nak beritahu lagi, Bangkit Cheese kami dibuat sendiri oleh kami. HOMEMADE! Yup! Masak sendiri di dapur kecil kami. Kami tiada kilang pemprosesan dan segala proses bancuhan dari awal adalah hasil tangan kami sendiri. Jadi dengan itu kami memang boleh jamin HALAL.

Berminat ingin berniaga kuih Bangkit Cheese?

Berminat nak memborong?

Berminat nak jadi pengedar?

PM / WhatsApp saya : Puan Fazlina – 014.6203.287

2 saiz balang. Balang besar dan kecil.

Kami isi sampai penuh balang.

Pembungkusan

Kuih dalam ketuhar

Kerang Rebus

Aku memang tak berapa gemar nak makan kerang tapi En. Suami sangat sukakan kerang. Kerang rebus, kerang bakar, kerang sambal dan lelain lagi. Huish..memang dia sukalah.

Semalam beli barang basah, kalau bab yang basah seperti ayam, ikan dan makanan laut ke sungai ke memang serah semuanya dekat En. Suami. Hihi..

Aku? Aku tak reti nak memilih. Segar ke tak segar ke..? Aish.. En. Suami ada ajar juga tapi aku malaslah nak ambil tahu. Hehehe..

Ha, sambung balik. Semalam beli barang basah. Dia nampak pula kerang cecomel dalam bakul tu.. Sambil dukung Nisa, dia muncung-muncung tunjuk dekat kerang. Aduss…haha.. Dia nak kerang la plok~~ 

Aku kata, kalau nak beli sikit je jadilah. Nanti tak ada orang makan pula. Dia pun beli setengah kilo.

Hari ini aku telefonlah bondaku, apa lagi tanya macamana nak rebuslah kan. Kahkahkah. Resipi punya senang pun nak telefon mak ke? Tapi dapatlah petua sesikit. Kerang tak boleh simpan lama takut nanti busuk kerang. 

Oklah.

Jom masak kerang setengah kilo itu~

Bawang merah – 1 biji
Bawang putih – 2 biji
Cili padi – 2 biji
Halia lebih kurang seinci.

Gosok sikit dengan berus. Hihi.

Kerang setengah kilo. Basuh bersih-bersih ye. Nanti berpasir kuah korang, aku tak tahu. Uhuk uhuk~

Tumis semua bahan tadi, naik je bau masukkan kerang, gaul sikit dan masukkan air. Air letak paras-paras kerang je dah la.

Oh ya, masukkan garam sesudu @ ikutlah nak masin mana.

Sebelum masak. Paras air ngam-ngam je~

Lepas itu, tutup periuk. Biarkan sampai air mendidih, tak payah rebus lelama. Nanti lepas 8-10 minit, buka tudung periuk dan periksalah kerang korang.

Kalau dah mendidih, kerang dah terbuka. Dah siaplah tu.

Dah masak. Kerang senang terbuka.

Dah siap. Boleh hidang dan makan. Hihi.

Popia TSS a.k.a Popia TerSangat Simple

Hari ini aku rajin pula nak share resipi. Haha. Ini kali ke-3 masak popia atas permintaan. Sedap katanya. (kembang semangkuk dengar, hahaha)

Resipi Popia TSS
Bahan Inti
200gram – isi ayam (potong kecil)
– main agak je 200gram tapi ikutlah nak letak banyak mana.
1 biji – bawang merah
1 biji – bawang putih
1 biji – cili api (saje nak rasa pedas sssssiiiiiikkkiiiittt je)
– nak pedas sgt letak banyak, tak nak pedas tak payah letak.
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
Taugeh & Sayur campur – main agak-agak banyak mana nak letak.
(taugeh tu aku beli 50 sen pastu aku sama banyakkan dengan sayur campur)
2 biji telur

Ha..simple kan bahan? Tak payah nak letak mihun la apa la..sebab nak makan sendiri je..

image

Gambar kuning last sekali tu telur yang sedang digoreng.

Telur goreng asing taw. Pecahkan sebiji, pukul sikit, goreng dan hancurkan. Lepas tu letak tepi.

image

Bawang tu cincanglah semua, tumiskan sampai naik bau.

image

Bau pun dah sedap masukkan ayam. Ha...gaul lagi..gaul lagi.. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan sos tiram dan garam. Gaul sampai ayam masak.

image

Kemudian, masukkan sayur. Gaul rata. Gaul sampai sayur semua masaklah. Tak lama pun kejap je.

image

Bila sayur dah masak, barulah masukkan telur hancur yang dah digoreng tadi tu. Gaul kejap je pastu matikan api.

image

Ha, jom menggulung. Kulit popia ni ikut korang lah nak beli jenama apa. Nak buat kulit sendiri pun boleh. Haha.

image

Jeng jeng jeng

Siap. Tak ada gambar siap goreng sebab buat nak simpan dalam peti sejuk. Hihi.
Dek kerana En. Suami tak suka popia disira sambal manis, jadi aku pun tak buat sambal.
Kalau nak buat senang je..

Sambal Manis (Sira Popia)
Bawang putih
Bawang merah
Cili boh
Gula pasir
(semua bahan ini ikut agak-agak nak buat banyak mana sambalnya)
Tumiskan bawang putih dan merah.
Masukkan cili boh, goreng sampai pecah minyak.
Masukkan gula.

Boleh siram je atas popia yang dah digoreng atau masukkan popia yang siap digoreng dan goreng sekali dengan sambal sira.

Okay?

Tak sabar nak goreng esok. Hihi.

Anime : Shingeki No Kyojin

Aku telah pun khatam menonton siri anime Shingeki No Kyojin atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Attack on Titan. Jalan cerita sangat menarik dari awal permulaan anime. Masa dia baru terbitkan siri anime neh aku memang menunggu setiap minggu sebab aku kurang minat membaca siri dalam bentuk manga. Manga dia pula dah terbit dari akhir tahun 2009 di Jepun dan walaupun manga lebih terperinci dan tiada ‘cut’ jalan cerita tetap aku lebih sukakan anime dalam versi VIDEO. He He.. Tak payah nak selak muka surat, tak payah nak membaca dari 1 per 1 karakter tuh~. Kata orang tak ‘feel’ la kan masalahnya aku tak ‘feel’ nak membaca! Jadi aku tak dapatlah nak digelarkan sebagai “otaku”.. Huhu. Selain jalan cerita yang menarik, aku sangat sukakan lukisan anime neh. Aku dah la tak pakar nak melukis manusia yang bermula dari basic neh iaitu melukis bentuk manusia dalam bentuk urat saraf. Memang kegagalan di situ. Hek~ Bukan je lukisan dia superb, apa yang paling aku kagum sekali tentang lukisan dan jalan cerita ini adalah kerana ianya hasil karya Hajime Isayama seorang yang masih lagi muda dan sangat berbakat! Anime ini adalah karya pertama beliau dan telah berjaya dijual 22 juta salinan manga setakat ini! Gila gempak! Isayama ni lahir tahun 1986 beza setahun je daripada aku. Tak dinafikanlah orang Jepun memang ramai yang muda mudi berbakat dalam lukisan.

Antara karakter yang beraksi dalam anime Shingeki No Kyojin
Shingeki No Kyojin

Korang nak tengok lebih detail kenalah gi Google. Sumber gambar aku dapat ni pun daripada Google. Ada ejaan yang tak betul pada nama karakter atau dalam bahasa Inggeris memang nama mereka cenggitu kot. Watak utama cerita ialah Eren Yeager, seorang remaja yang ada kelebihan dan rahsia dalam diri dia. Sipnosis cerita pun korang Google la atau lebih senang tengok terus cerita neh sebab dalam 3 episod pertama dah jelas pembukaan cerita Shingeki No Kyojin neh. Jadi korang akan faham dan kenali heronya, kenapa dan mengapa.

SHK 00

Kemas dan cantik je lukisan dia..

SHK 01

Lukisan dia neh mengingatkan aku kat anime Bleach plak..sape yang tgk Bleach tu? Anda rasa macam siapa?

My Rate – ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Link Anime / Manga : Shingeki No Kyojin
Siri : Completed

Online Game : Candy Crush Saga + etc

Theres really nothing that I can do here in da office from 9:00am until now. LOL
In another half and hour, I can go back home and continue do nothing. Sigh~

What did I do for today –> Finish few pages of Sudoku (a puzzle game) after getting bored solving with the numbers then open my facebook just to play candy crush again.

Finish all level with 3 stars then stuck waiting someone to approve my request to unlock a new level.

Level 112

*click the picture to view the full size*

Hmm.patut cari kerja yang bersesuaian dengan aku!

No improvement, no experience, gain nothing here~

 BUT

improve in playing games! LOL~

Ughhhhh……so damn bored!!

Anyone? Anybody? Want to offer me a job? I’m a computer technician. ☻☺

Online Game : Candy Crush Saga

Dek disebabkan aku malas nak bersesak kejar Event dalam game RAN Online, aku buka store jek kat market. Ada Business Card free kan..pakai jek la.. Jadi, dalam mengisi kekosongan yang ada dan tak tahu nak main game apa, iye la PC opis, xleh la nk install game bebanyak dalam neh..kang orang opis check kang..LOL kantoi la aku asyik main game jek..itu pun dah beberapa kali kena sound untuk tutup RAN tuh~ Ahaha~ Sry, boss.. Saya bosanlah! ^_^

So aku pun bukaklah FB, source source kelekaan di dalam opis! HAhaha…Klik! Klik! Klik! Haaa…main Candy Crush la..~ Game yang ramai sangap gile sampaikan waktu makan pun leh main tapi aku tak adalah gile sangat kat Candy Crush sampai tak boleh stop~ Baru nak masuk 2-3 bulan aku main game neh tp ON OFF la…tak de manjang hadap dia.. Yang paling gile kentang, kengkawan aku yang dah habis main sampai cecah 3++ nyer level. Perghh….LAJU SIOT! Korang makan ke gula² tuh~ HAhahaha…

Hasil aku bermain :

Level 01 - 80Tu dia..aku main agak lambat la sikit kan, so ramai la kengkawan aku maju ke hadapan dengan lajunya. Aku neh tak kejar level..tp aku kejar bintang kat setiap level! Hehehe..tak puas hati aku kalau tak dapat 3 Bintang. Ngee…

Akhirnya, kawan aku dah masuk level 200…aku ru nak masuk level 110 harini..hampeh kan~

K la, nak sambung main Candy Crush Saga! bz neh..Bz…

Level 101

Online Game : RAN Online Malaysia

Ini antara salah 1 game online jenis MMORPG yang aku main (*MMORPG = Massively Multiplayer Online Role-Playing Games) dan ini bukan lah game MMORPG pertama yang aku main sebab masa aku muda dahulu kala (Aisehh..macam dah tua sangat pula kan..Haha..) bermacam game online aku test dan main! Hehehe..

Besh juga main game RAN Online SERVER Malaysia neh, sekarang mereka dah upgrade lebih advance lagi serta interface pun semakin menarik. Masa aku main tahun 2007 tuh interface tak ada lah selawa neh, boleh tahan tapi interface sekarang neh plak pun dah agak ketinggalan sebab pirate @ server negara lain dah upgrade dlu~ Hehehe..biasalah kan, bab teknologi negara kita slow sikit pape pun support la server Malaysia! Ahakz, main server luar pun, nk topup game susah, komunikasi pun susah gak..

Aku update sebab bosan jual barang dalam game, so aku update la bgthu yang aku main game neh. Well, lagipun ramai jek skrg gamer pompuan main game! So aku ajak la kengkawan aku yang pompuan tuh jom join aku men game..lelagi yang tak tahu nak buat apa dah kat umah / opis.. Hahaha.. Kalau minat la…kalau tak bo layan! ☻
Anyway, kalau korang baru nak start main, nak tnya pape – leave comment @ pun install je game dlu, then cari aku lam game > IGN : PurityOfWhite (kalau aku rajin online)

Banyak lagi info yang korang boleh tahu melalui link link di bawah ;

Web Site – http://ran.myrosso.com/en/

FB Link – https://www.facebook.com/RanEN.my

Download Link – http://myrosso.com/download.aspx

Ran Forum Link – http://ranonlineforumen.myrosso.com/

Me and My Fiancee

Me and My Fiancee

♥ Oh, well…mungkin jodoh agaknya bertemu dengan tunang yang kaki game gak~ Tapi die lom se-gamer aku lagi lah sebab die tak minat banyak game. Mo Siang @ RAN..tu je la die tahu. Ngee…

Haa…masa untuk balik~ Weee….sedar tak sedar dah masa untuk balik…sambung pula kat umah..

Chiooww~