Borong Bangkit Cheese 2017

Banyak perkara aku nak cerita tapi semua jadi ‘draft’ tapi al-kisah borong bangkit cheese perlu ditularkan. Haha.

Dah bertahun-tahun menjual, masih tak jemu, masih tak putus asa. Masih menggalakkan orang lain untuk bersama-sama berniaga dan berkongsi rezeki. 

Ramai dah tahu atau rasa kuih Bangkit Cheese. Sedap dan cair di mulut. 

Cuma nak beritahu lagi, Bangkit Cheese kami dibuat sendiri oleh kami. HOMEMADE! Yup! Masak sendiri di dapur kecil kami. Kami tiada kilang pemprosesan dan segala proses bancuhan dari awal adalah hasil tangan kami sendiri. Jadi dengan itu kami memang boleh jamin HALAL.

Berminat ingin berniaga kuih Bangkit Cheese?

Berminat nak memborong?

Berminat nak jadi pengedar?

PM / WhatsApp saya : Puan Fazlina – 014.6203.287

2 saiz balang. Balang besar dan kecil.

Kami isi sampai penuh balang.

Pembungkusan

Kuih dalam ketuhar

Kuih / Biskut Bangkit Cheese Borong

Lebih kurang 3 tahun lepas aku ada berniaga di Bazar Rampai Business Park untuk Bazar Ramadhan, pertama kali berniaga buka kedai. Seronoknya berniaga masa waktu itu. Balik kerja terus pergi buka kedai. Berniaga waktu itu modal keluar duit gaji, beli khemah, meja dan kerusi. Kami berniaga kuih raya, ambil kuih kengkawan, jualkan dan tak kaut untung sangat pun. Sekadar suka-suka, permulaan dan pengalaman.

Tahun lepas, aku telah menetap (ikut suami) ke Johor. Waktu nak puasa teringat bazar tapi sarat mengandung. Nak juga berniaga jual kuih raya tapi kali ini tidak mahu sewa tapak, lagipun sejak dah berkahwin tidak lagi boleh berniaga dekat KL. Berniaga dari rumah dan dah tak jual pelbagai jenis kuih macam dulu. Aku hanya jual kuih bangkit cheese. Permulaan jual memang agak perlahan tapi minggu pertama puasa terjual lebih 50 balang. Ya Allah, suka sangat-sangat. Kemudian mulalah dapat tempahan. Akhirnya, sebelum raya telah terjual lebih 200 balang bangkit cheese. Syukur, Alhamdulillah. Mungkin rezeki anak waktu itu.

Tahun ini, aku buat perkara yang sama tapi kali ini aku ingin berkongsi sedikit keuntungan bersama mereka yang sanggup berusaha mendapatkan pendapatan sampingan. Berniaga kena bermula dari bawah secara perlahan-lahan dan jangan fikirkan keuntungan semata-mata sebab di dalam rezeki yang kita terima ada rezeki orang lain. Bila kita berusaha mendapatkan rezeki yang halal perkara yang paling utama sekali jangan cepat berputus asa, jangan dengar cakap orang yang cuba menjatuhkan semangat kita. Yakin dengan apa yang kita buat dan InshaaAllah apa yang kita nak, kita dapat.

Tahun 2016 ini aku mencari ejen dan stokis untuk produk Bangkit. Aku yakin biskut ini akan mendapat sambutan. Sebab apa? Sebab biskut bangkit cheese ini sedap! Hahaha. Nampak tak betapa aku yakin?

Semoga segala urusanku, dipermudahkan.
Jika anda berminat, boleh WhatsApp saya : 014.6203.287

image

Balang besar dan balang kecil

Oh ya, ada juga beberapa produk lain aku jual.
Boleh rujuk; Carousell Online Shop.

Lokasi Bazar Uptown Rampai Business Park

Ramai kengkawan dan pelanggan² yang ingin ke gerai kami mengalami kesukaran untuk mengesan lokasi sebenar kami. Al-maklum, port ini masih baru dan tidak ramai orang lagi berkunjung. Lagipun tapak Uptown sementara ini hanya wujud waktu bulan puasa jek yakni di bulan Ramadhan. Bagi yang kaki gadget tuh aku rasa korang tiada masalah sebab buka je GPS dan search “Rampai Business Park” maka terpampang lah jarak perjalanan dan lokasinya sekali.

Bagi pengguna internet yang kureng bab tengok GPS ni…boleh guna sahabat handai kite – Mr. Google yang setia menanti anda mencari sesuatu tak kira masa dan hari dan dia sentiasa ada jawapan. Hehe..

bazar 2

Bila taip je Rampai Business Park, dia terus detect dan tunjukkan lokasi dengan tepat sekali~ ☺

bazar 1

Ada info tambahan aku letak sikit saje bagi korang paham sikit. Lokasi Bazar adalah yang bertanda A tuh~ Sebelah tanda A tuh ada bintang comel kecik tuh adalah tanda tapak kami, lebih kurang situlah, yang pasti kami nya tapak bertentangan ngan 7 Eleven. Ha..park jek la depan 7 Eleven tuh jalan masuk ke dalam terus nampak orang jual kuih raya, kami la kot tuh~ Ehehe…

Yang menguntungkan adalah sesiapa yang datang selepas Maghrib, haa…kenapa plak ek? Sebab…..sebab leh la makan², rasa kuih muih yang ada.. FREE! :p

Apa pun korang paham ke dok dengan cara aku tunjuk jalan neh? Kalau tak, korang kenalah bertanya..klo x sesat jalan. Ekeke…

Bazar Ramadhan Rampai Business Park 2

Part II. FYI, Bazar Ramadhan ni jugak mereka panggil – Bazar Uptown Rampai Business Park yang terletak di area Sri Rampai. Bazar ne bermula seawal dari jam 6.00 petang ke lewat tengah malam setiap hari. Beza nama ada uptown tuh la kan…Aku tak dapat nak update gambar sekitar bazar sebab aku sndri sibuk niaga kat Bazar tuh~ Ekekeke… So nanti ada masa aku ronda² la tgkap muat beberapa gamba~

Niaga apa? Masa kat Part I aku ada bgthu yang kami menjual pelbagai jenis kuih bangkit yang sangat sedap! Kuih Bangkit Tradisional kami neh mmg xde tandingannya! Korang nak tahu pasal harga? Kena usha artikel lama aku di Bazar Ramadhan Rampai Business Park. Ha…buat masa ini kerepek pisang kami telah pun habis dijual! So, buat sesiapa yang nak kerepek Pisang, kena tggu hujung bulan ini. InsyaAllah!

Apa pun aku nak bgtahu yang kami telah menambah lagi stok dengan beberapa jenis kek lapis di booth kami! Jangan risau tentang rasa! Kami sediakan tester dan harap maklum tester adalah limited, haa..~~ Nak rasa kenalah cepat² datang! Nanti tester habis, apa lg beli jek la tnpa merasa, sedap pun! :p

Kek Lapis Coklat

Kek Lapis Coklat
RM 28.00

Kek Lapis Masam Manis

Kek Lapis Masam Manis
RM 28.00

Kek Lapis Oreo

Kek Lapis Oreo
RM 28.00
**Oreo sebijik kat atas tu saje nk gtaw lam kek tu ada Oreo okeh~

Selain Kek Lapis, kami ada menjual Mini Rempeyek dan mini rempeyek ni rasanya garing dan sangat sedap.  Harganya pun berpatutan!

Mini Rempeyek RM 18.00 / sebalang (500 grams)

Mini Rempeyek
RM 18.00 / sebalang (500 grams)

Bazar Rampai Business Park

Tahun ini ada kelainan sedikit dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kelainan yang jelas nyata adalah aku menyambut Ramadhan dengan status – tunangan orang. Hehe..Jadi ada la invitation berbuka dari sedara mara berbunyi, “marilah datang berbuka, bawa tunang sekali..”. Haa…kemain lg…mana sahaja orang tanya, “tunang mana?” Soklan paling tak syok sekali – “Bila nak langsung?” Glamer kaw soklan ni dari sedara mara aku, bukan sedara mara je..mak ngan ayah aku pun swuh tetap tarikh. Errkk…sabarlah ye..tak lari klo btol die jodoh aku..

Okey lupekan satt kisah tuh..lainnya tahun ni adalah kerana aku meniaga. Oh, pengalaman pertama dalam sejarah hidup aku meniaga kat Bazar oiii…erk..tp kan..semua ini ada kaitan dengan tunang aku sbb dia lah puncanya! Tak nak ceritakan kisah pahit perit niaga neh dulu. Cuma nak gtaw gerai kami di : Bazar Rampai Business Park. Port kami bertentangan ngan 7 Eleven.

Kami menjual kuih muih, biskut dan kerepek raya dan bakal pelbagaikan jenis lagi la kan…
Setakat ini….kuih paling utama kami adalah Kuih Bangkit. Kuih tradisional neh…~~

Karipap Mini

Karipap Mini
RM 15.00 / sepeket / 500 grams

Kerepek Pagoda

Kerepek Pagoda
RM 10.00 / sepeket / 500 grams

Kuih Bangkit

1. Kuih Bangkit Santan + Bijan
2. Kuih Bangkit Pandan
3. Kuih Bangkit Gula Merah
4. Kuih Bangkit Kerisik
RM 20.00 / balang ( 60 – 65 biji )

Kerepek Pisang

Kerepek Pisang
RM 10.00 / sepeket / 500 grams

Kuih Bangkit

1. Kuih Bangkit Gula Merah + Bijan
2. Kuih Bangkit Santan
RM 15.00 / sebalang ( 50 – 55 biji )

Bangkit Manis Istimewa

Kuih Bangkit Istimewa ( Hampir kehabisan stok )
RM 20.00 / sebalang ( 60 – 65 biji )

 

eBR1M 2.0 – Isi borang secara online!

Yup! Isi borang secara online. Ramai yang berkerja tak kira di sektor swasta mahupun kerajaan bolehlah melayari website eBR1M untuk mengisi borang tapi pada mereka yang berpendapatan di bawah RM2k lah.. Yang lebih dari tu…untunglah gaji mahal…hehehe… Maklumat tambahan yang diminta cuma no. akaun bank anda. Apa pun, masih ada kekeliruan yang berlaku masa aku isi borang online neh…sbb die minta bil. tanggungan*, mereka kata tak ada tanggungan pun dapat kan? Jadi kenapa dalam form ni minta tanggungan plak.. Jadi yang borang gagal diproses tuh, cuba refresh semula dan letak tanggungan tuh [0]. Haa…ru la borang aku neh diproses..
Kat bawah neh aku sertakan gambar rajah yang aku harap leh bantu korang untuk isi borang. (Source : www.nbc.com.my)

BR1M-Online-Step-1 BR1M-Online-Step-2 BR1M-Online-Step-3 BR1M-Online-Step-4 BR1M-Online-Step-5

Dolie’s Cupcakes

Dolie’s Cupcakes

Kemas dan menarik,
Sedap dan menyelerakan,
Comel dan sangat sayang untuk dimakan! Hahaha…

Itu adalah ciri² yang aku suka sangat pada cup cakes Cik Dolie!

 Marilah aku tunjukkan hasil tangan Cik Dolie! :p

Cantik, tertarik lagi menarik kan? Nak tengok lebih banyak lagi bolehlah ke laman Facebook di sini :- Facebook Page Dolie’s Cupcakes atau boleh melayari blog nya di Dolie’s Cupcakes Blog.
Untuk tempahan @ pertanyaan lanjut sila hantar e-mail @ sms kepada Cik Dolie! 😛
No. Tel : 012.6255.787 (SMS je ye….)
E-mail : nurlyhamid@rocketmail.com

Ada yang dah terpikat ke? Apa lagi buatlah tempahan, saja² makan ke, nak hadiahkan kat orang tersayang ke tak pun letak lam kabinet ke…ekekkeke…

Segala ramuan, bahan² dan kek ini adalah dijamin HALAL..! 🙂