Jam 02:13 pagi.

Aku masih belum melelapkan mata sebab apa?

Sebab aku baru lepas main Mobile Legend. Apakah itu? 

Ini adalah permainan yang hampir serupa macam main Dota tapi versi Android. 

Gila tak gila, walaupun dah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata tapi masih berhati ‘gamer’. Muahaha.. Akibatnya ada hari-hari yang aku kekurangan tidur dek kerana perbuatan aku sendiri. 

Apapun minat terhadap permainan macam ini sangat-sangat aku kena kawal sendiri sebab suami aku pun kaki ‘game’. Jadi kenalah salah seorang mengalah sikit yakni akulah mangsa mengalah sebab suaminye kegilaan agak teruk daripada aku. Gaduh pasal ‘game’? Tak payah ceritalah. Memang banyak kali tapi berakhir dengan kami main dalam 1 kumpulan yang sama dan sesama sengkang mata. Hahaha. APTB.

Jaranglah aku dapat fokus ke arah ‘game’ walaupun aku suri rumah sepenuh masa sebab banyak masa kena luangkan untuk puteraku dan Cinderella-ku. Huhu. Mana taknya Miss Cinderella walaupun dah masuk umur 2 tahun masih lagi menyusu badan dengan aku, bergilir pula dengan adik dia yang baru mencecah 5 bulan. Ha….sibuklah harianku gamaknya. 
Jomlah main Mobile Legend. 😛 

Aurora – Magician – PurityOfWhite

Ramadhan berlalu sudah…

Sedar tak sedar bulan mulia telah berlalu dengan sekelip mata dan dapat aku lihat sekelilingku ramai yang menangisi pemergian Ramadhan Al-Mubarak. Dalam kesedihan menangisinya memang tetap perlu kita bergembira di Hari Raya Aidilfitri.

Persediaan raya tahun ini tiada banyak bezanya daripada sebelum ini. Cuma perbelanjaan bertambah dek kerana kehadiran cahaya mataku yang baharu. Hehehe… Biasalah kan? Mencecah umur 5 bulan minggu hadapan intan permataku ini dan kakak dia pula sudah berumur 2 tahun. 

Fuhh…raya berempat memang banyak ragamnya dari Encik Suami sampailah ke anak-anak. Ibunya pula meragam sebab dah penat. Hahaha..

Oklah nanti kita cerita-cerita lagi~

Selamat Hari Raya Aidifitri 

Maaf Zahir & Batin 

Dari kami sekeluarga.

05 Syawal 1438

Hampir meroyan dan gila.

Sekarang cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan dan kadang-kala sedap angin tiup kuat dan cuaca mendung. Dek kerana cuaca yang bertukar-tukarlah tetiba aku demam. Dah lama aku tak demam sejak ada anak pertama sebab aku masa itu dah fikir, kalau aku demam nanti susah jaga anak. Kalau aku demam, nanti berjangkit pula dekat anak tapi akhirnya kali ini aku tewas.

Aku demam sekali pakej batuk dan selsema, sakit kepala jangan cakaplah, memang berdenyut-denyut kepala aku. Aku dah cuba jarakkan diri aku dengan anak aku tapi aku seorang suri rumah, aku lah yang kena uruskan anak-anak. Lebih-lebih lagi yang kecil masih menyusu badan dengan aku. Nak tak nak aku tawakkal dan harap sangat mereka tak berjangkit daripada aku tapi apa yang aku takutkan jadi kenyataan, bila demam aku semakin kebah, anak-anak aku berjangkit batuk dan selsema aku.

Banyak perkara yang buat ibu bapa tertekan bila anak-anak sakit lelagi anak yang berumur bawah 3 tahun apatah lagi bayi. Bayangkan yang aku seorang suri rumah rasa tertekan dan boleh jadi kurang sabar jaga anak yang sakit batuk selsema apatah lagi pengasuh yang anda semua upah. Kalau pengasuh anda jaga anak anda dengan baik lelagi waktu anak anda sakit, tolonglah hargai dia. Belikan dia sarapan ke, hadiahkan cenderamata ke apa atau bagi bonus ke kan? Huhu.

Anak yang kena selsema atau batuk akan lebih kuat tantrum daripada biasa. Malam tidur mereka tidak akan lena sangat dan menyebabkan Si Ibu tak cukup tidur dan siang mereka penuh ragam. Ada sahaja yang tidak kena dan mereka asyik menangis lepas itu kita akan nampak mereka gosok-gosok hidung. Tersumbatlah tu. 

Anak aku yang berumur 2 tahun nasib baik tidak banyak karenah tapi cepat menangis. Kita kalau boleh tak nak dia menangis nanti selsema lambat hilang tapi nak buat macamana, ada sahaja yang tidak kena. Makan tak nak, main nak kena duduk sebelah dia, sentiasa nak tengok kartun dan macam-macam hal. Kalau tak ikut kehendak dia mulalah ragam dan tantrum. Masalahnya bukannya tak nak layan dia seorang, yang adik dia aku kena layan juga. Adik dia baru 3 bulan, kena batuk selsema, anda rasa macamana bayi punya ragam masa batuk selsema? Lagi jenuh nak layan dan pujuk. Lagi serba serbi tak kena. Hidung tersumbat, susah nak menyusu dan sentiasa tidak selesa. Bayi kalau menangis, memang tekanannya dengar bunyi tangisan dia. Ohooii…mencabar keimanku sangat-sangat.

Bila anak aku berumur 2 tahun buat perangai, serius aku rasa tangan aku sangat ringan. Rasa macam aku nak cubit-cubit dan pukul dia. Ye la, dia belum pandai nak cakap jadi aku tak tahu apa dia nak, dia tunjuk itulah, inilah. Masa tak sakit memang tak ada dia nak mengada-ngada nak itu ini. Aku pula tak sempat nak buat air untuk diri sendiri pun, dah dia rebahkan badan atas lantai dan mula menangis. Masa ini memang aku rasa nak terajang makhluk kecil depan aku. Nasib baik aku boleh berfikiran waras dan ajak dia buat benda lain, memang susah nak pujuk tapi perlahan-lahanlah. 

Sama juga bila yang bayi mula meragam, sukar tidur dan tak nak baring. Menangis dan asyik nak kena pegang. Siang macam tu, malam pun macam tu. Kalau ikutkan nafsu syaitan, memang rasa nak hempas atau tekup dengan bantal. Mana taknya, dah la tak cukup tidur lepas tu dia nak kena pegang baru diam, penat nak dukung dia je. Masa ni level tekanan dan paras darah boleh naik dengan mendadak tapi cepat-cepat ingatkan Tuhan dan berzikir. Astagfirullahalazim.

Aku kira bernasib baik bila suami aku boleh tolong bergilir jaga, lebih-lebih lagi waktu malam. Aku pun memang minta dia faham situasi dan keadaan aku. Nak tak nak, dia kena tolong ambil alih.

Serba sedikit aku macam faham kenapa ada budak kena dera dan bunuh oleh ibu bapa sendiri mahupun pengasuh. Ibu bapa kenalah saling bantu membantu dan selesaikan cepat-cepat masalah anak sakit. Sakit datang bukan dipinta dah memang ujian. Banyakkan bersabar. 

Kalau terpaksa hantar dekat pengasuh, cakap bebaik dekat pengasuh, beritahu anak meragam macamana dan kalau baik hati belikan pengasuh sarapan atau apa-apa makanan. Ye la kot kot dia tak sempat makan atau sarapan anak anda dah meragam, mesti tekanan dia. Agaknyalah. Wallahuallam.

Kunci utama 

– tingkatkan tahap kesabaran dan iman. 

13 Feb 2017

Ini adalah tarikh paling menyedihkan dalam hidup aku. Anak-anak bulus yang aku bela dari saat dia kecil sehingga hampir 8 tahun dalam jagaan aku, akhirnya diserahkan pada tuan baru. 

Aku terpaksa buat keputusan yang berat dalam hidup aku demi kebaikan Mochi dan Mocha. Demi kehidupan mereka lebih teratur dan dijaga rapi.

Mochi dan Mocha pergi ke rumah tuan baru dia hari ini tanpa aku melihat pemergian mereka dek kerana aku sedang berpantang di Kuala Lumpur. Sedihnya jangan cerita, dalam hati aku memang kuatkan untuk berfikiran positif dan bersangka baik. “Tuan baru penyayang”, “Tuan baru akan jaga lebih baik dari aku”, “Tuan baru akan bermain dengan mereka!”, “Mereka gembira dan selamat di sana”, “Mereka akan dapat perhatian sepenuhnya..”, sampai begitu sekali aku risaukan mereka dan betapa susahnya aku nak yakinkan diri aku untuk lepaskan mereka. 

Akhirnya, setelah beberapa jam. Suami hantar mesej beritahu yang mereka dah selamat diambil dan akan dibawa ke Kota Tinggi, Johor. Oh, meowku..jauhnya kamu tinggal. 

Dalam kerisauan, jatuh juga air mata aku. Puas dah aku tahan. Al-maklum, orang berpantang tak boleh bersedih atau menangis.

Sayangku, Meow Mochi dan Mocha..saya harap awak akan gembira dan seronok berada di sana. Jika ada jodoh, kita akan bertemu semula. Semoga kamu senantiasa sihat dan panjang umur.

13022017 – Saya sayangkan awak berdua sampai bebila.

My precious Mochi & Mocha.

Pantas sekali~

Pejam celik pejam celik, masa lalu semakin menjauh. Tinggal kenangan dan nak mengenang pun tiada masa. Pantas sekali masa berlalu meninggalkan kita.

Anak aku, Nisa semakin membesar. Dulu kecil dan muat dalam genggaman. Sekarang, nak dukung pun kena ikut masa. Hihi. 

Bila duduk rumah keluarga di PJ, terasa rindu dengan arwah Abah. Abah tak sempat melihat cucu dia, malah sebelum hembus nafas yang terakhir pun, aku tidak berkesempatan memberitahu yang aku sedang mengandungkan Nisa. 

Abah, hampir 2 tahun berlalu tapi rindu tak pernah berkurang. Entah kenapa macam cepat sangat Abah tinggalkan kami, macam masih sukar nak percaya Abah dah tiada. Senyuman terakhir yang Abah lemparkan, masih bersemadi dalam fikiran. Itulah kali terakhir kita bersua dan berkata-kata. Itulah juga salam hangat kita yang terakhir. Allah lebih sayangkan Abah. Abah dah aman di sana dan kami di sini meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada. 

Banyak perkara baik dan buruk berlaku sepanjang beberapa tahun tapi masa lalu yang buruk boleh dibaiki dan yang baik kekalkan sampai akan datang. 

Cuma, mampukah aku membaikinya?

Mampu ke aku kekalkan kebaikan yang ada?

Inilah karangan merapu daripada aku yang tak boleh tidur.

Sekian.

Penyakit Berjangkit 

​​Sekarang banyak wabak dan jangkitan penyakit yang kembali menular.

Jadi ibu dan ayah kenalah main peranan sempena nak dekat raya. Kalau ibu sibuk layan tetamu, si ayah tolonglah pantau anak-anak kecil mereka. Kalau nampak orang lain merokok, si Ayah plak bawa anak menyembang, si Ibu amik la si kecil pula.

Raya ni susah nak sekat orang datang, ye la takkan nak menghalau pula? Lepas tu kita pun datang ke rumah saudara mara, ada saudara mara lain pun juga menyinggah.

Waktu ini kenalah pandai mengelakkan orang cium, dukung dan peluk. Dalam situasi macam ini, ibu dengan ayah kena peka dengan keadaan sekeliling. Ada sesetengah ayah tu sambil lewa je jaga anak, ibu pula dah penat. Ayah pula buat tak nampak ibu dah penat. Nanti anak sakit yang sakit menjaga ibu dan ayah juga. Jadi kalau dah memasing penat, bawa diri ke tempat kurang orang.

Anak yang dah pandai jalan ni pun 1 hal juga nak kawal. Bila dia nampak kengkawan reramai, teruja dia nak ikut berlari, bergurau dan berkawan. Masa ni memang susah sangat nak kawal pergerakkan dia, dia pasti tepis-tepis je tangan kita ni, pastu kalau dukung, dia punya 1001 lekuk nak turun, jenuh aih. Masa ni si ibu jenuh fikir dan jeling-jeling si kecil. Haha. Kalau ada carrier tu, pakai je. (ni utk bawah 2 tahunlah) Kalau rumah sendiri pula, pantau-pantau je la pergerakkan dia.

Paling mudah nak elakkan penat dan kes cium-cium ni adalah duduk rumah. Tak payah sibuk merayau. Lebih-lebih lagi bayi yang belum cukup setahun tu.. Kesian weih nak tgk korang usung die, pastu semua ckp comel, nk dukunglah, nak peluklah, nak wefie, selfie bagai…sekali terbuka flash plak, berpinar mata baby, pastu baby dah penat, sakit badan, menangis mengamuk, yg tggung ibu dia.

Pendapat 5 sen aku je..

Oh! My Fidyah

Tahun lepas, aku bersalin beberapa hari sebelum puasa dan berpantang di bulan puasa maka sebulanlah aku tidak berpuasa. Memang dugaan sungguh bila fikirkan nak ganti sebulan puasa. Gulp~

Aku akan cuba ganti sedikit demi sedikit tapi tak dapat nak buat tahun ini sebab menyusukan anak buat aku tak berdaya sangat nak tahan lapar.

Tahun ini dijangka umat Islam akan mula berpuasa bermula 6hb Jun 2016 dan itulah tarikh lahir anak aku. Maka genaplah setahun Khairunnisa’. Jadi, InShaaAllah tahun ini aku boleh berpuasa kecuali cuti umum (datang bulan) sebab Nisa dah mula makan dan minum jadi waktu siang tidak terlalu kerap menyusu dan aku boleh tahan lapar lama sedikit. Huhu…

Tidak sempat ganti maka aku pun kenalah bayar fidyah dan memahami isu fidyah ini macamana. Dek kerana dah duduk Johor, jadi aku cari info bayaran fidyah ikut negeri ini lah kan.

PENGERTIAN FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 184 yang bermaksud : 
“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Dah bayar kena juga ganti. Semoga tahun depan aku akan berjaya gantinya sedikit demi sedikit!! Chayok!

Untuk lebih senang faham,
Aku ada ambil info permasalahan fidyah di laman sesawang Majlis Agama Islam Johor

image

Masalah 1

image

Masalah 2

image

Masalah 3

image

Masalah 4 & 5

image

Masalah 6

Ha, dengan gambar rajah senang kan nak faham masalah nak membayar fidyah bagaimana?

Harap info ini membantu anda semua.
……………………………

Nak barang murah tapi berkualiti?
Mungkin apa yang anda cari ada di sini :

Taraaaa : http://www.carousell.com/sayajualawakbeli
FB : facebook.com/sayajualawakbelilah
Instagram : SayaJualAwakBeli