Borong Bangkit Cheese 2017

Banyak perkara aku nak cerita tapi semua jadi ‘draft’ tapi al-kisah borong bangkit cheese perlu ditularkan. Haha.

Dah bertahun-tahun menjual, masih tak jemu, masih tak putus asa. Masih menggalakkan orang lain untuk bersama-sama berniaga dan berkongsi rezeki. 

Ramai dah tahu atau rasa kuih Bangkit Cheese. Sedap dan cair di mulut. 

Cuma nak beritahu lagi, Bangkit Cheese kami dibuat sendiri oleh kami. HOMEMADE! Yup! Masak sendiri di dapur kecil kami. Kami tiada kilang pemprosesan dan segala proses bancuhan dari awal adalah hasil tangan kami sendiri. Jadi dengan itu kami memang boleh jamin HALAL.

Berminat ingin berniaga kuih Bangkit Cheese?

Berminat nak memborong?

Berminat nak jadi pengedar?

PM / WhatsApp saya : Puan Fazlina – 014.6203.287

2 saiz balang. Balang besar dan kecil.

Kami isi sampai penuh balang.

Pembungkusan

Kuih dalam ketuhar

Kuih / Biskut Bangkit Cheese Borong

Lebih kurang 3 tahun lepas aku ada berniaga di Bazar Rampai Business Park untuk Bazar Ramadhan, pertama kali berniaga buka kedai. Seronoknya berniaga masa waktu itu. Balik kerja terus pergi buka kedai. Berniaga waktu itu modal keluar duit gaji, beli khemah, meja dan kerusi. Kami berniaga kuih raya, ambil kuih kengkawan, jualkan dan tak kaut untung sangat pun. Sekadar suka-suka, permulaan dan pengalaman.

Tahun lepas, aku telah menetap (ikut suami) ke Johor. Waktu nak puasa teringat bazar tapi sarat mengandung. Nak juga berniaga jual kuih raya tapi kali ini tidak mahu sewa tapak, lagipun sejak dah berkahwin tidak lagi boleh berniaga dekat KL. Berniaga dari rumah dan dah tak jual pelbagai jenis kuih macam dulu. Aku hanya jual kuih bangkit cheese. Permulaan jual memang agak perlahan tapi minggu pertama puasa terjual lebih 50 balang. Ya Allah, suka sangat-sangat. Kemudian mulalah dapat tempahan. Akhirnya, sebelum raya telah terjual lebih 200 balang bangkit cheese. Syukur, Alhamdulillah. Mungkin rezeki anak waktu itu.

Tahun ini, aku buat perkara yang sama tapi kali ini aku ingin berkongsi sedikit keuntungan bersama mereka yang sanggup berusaha mendapatkan pendapatan sampingan. Berniaga kena bermula dari bawah secara perlahan-lahan dan jangan fikirkan keuntungan semata-mata sebab di dalam rezeki yang kita terima ada rezeki orang lain. Bila kita berusaha mendapatkan rezeki yang halal perkara yang paling utama sekali jangan cepat berputus asa, jangan dengar cakap orang yang cuba menjatuhkan semangat kita. Yakin dengan apa yang kita buat dan InshaaAllah apa yang kita nak, kita dapat.

Tahun 2016 ini aku mencari ejen dan stokis untuk produk Bangkit. Aku yakin biskut ini akan mendapat sambutan. Sebab apa? Sebab biskut bangkit cheese ini sedap! Hahaha. Nampak tak betapa aku yakin?

Semoga segala urusanku, dipermudahkan.
Jika anda berminat, boleh WhatsApp saya : 014.6203.287

image

Balang besar dan balang kecil

Oh ya, ada juga beberapa produk lain aku jual.
Boleh rujuk; Carousell Online Shop.

DIY : Peta Kad Kahwin

Lamanya tak update apa-apa berita kan? Tetiba update pasal peta kad kahwin pula. Hehe..bukanya apa, majlis aku semakin dekat dan di sini aku ingin berkongsi sedikit ilmu untuk para-para bakal pengantin yang ingin membuat peta kad kahwin mereka sendiri. Sebenarnya kamu semua boleh melukis @ lakarkan sahaja peta tu di atas kertas dan hantar pada pembuat kad kahwin, nanti pandailah mereka mengubah dan mencantikkannya mengikut citarasa anda tapi ada sesetengah pembuat / pencetak kad kahwin mengenakan harga extra jika mereka tolong buatkan peta. Kasihan kat pengantin, dah bayar kad pun nak kenakan harga lain semata-mata tolong kamu buat peta selalunya tak mahal tapi rasa macam “alahai, tolong buat peta pun nak berkira ke?” Ehehe…pendapat aku lah kan..

Okay lah, melalut pula. Pada siapa yang pandai guna Photoshop untuk membuat peta tu sangatlah beruntung kan tapi aku ni walaupun dulu pernah mengambil kursus ‘Computer Graphic’ tapi nak buat peta ke, edit gambar ke sangatlah ‘FAIL’ dalam menggunakan perkhidmatan Photoshop. Kui Kui Kui…

Selesaikan masalah pada kita-kita yang sukakan benda yang senang dan mudah difahami, aku perkenalkan Edraw Max. Perisian yang memudahkan banyak kerja. Edraw Max bukan perisian percuma, kena beli lesen untuk penggunaan yang penuh. Apa pun kalau kamu nak pakai lama memang berbaloilah beli perisian ini tapi kalau setakat nak buat peta kawin, download dan pakai dalam masa tempoh percuma yang mereka berikan. Disebabkan guna dengan percuma adalah sesetengah item yang tak dibenarkan pakai. Hehe. Normal la tu kan…(psstt….carilah yang ‘crack’ – versi lama pun tak apa..ekekeke…)

Edraw 1Inilah rupa Edraw Max. Boleh buat diagram, borang, carta, peta dan lain-lain. Menarik tak? Mereka sediakan simbol yang basic sahaja. Kalau nak simbol yang menarik download lah icon berbentuk PNG dan upload masuk Library software ni.

Edraw 3Pilihlah nak buat peta dan akan keluar pilihan. Selalunya peta kita buat ‘Directional Map’ sebab senang nak buat dan tak susah nak faham. ‘Directional Map 3D’ ni sangat menarik. Kalau anda seorang yang kreatif bolehlah guna simbol yang disediakan.

Edraw 2Ini adalah contoh dalam bentuk 3D yang disediakan.

Aku pula menggunakan Directional Map + 3D = campur-campurkan sebab aku tak kreatif sangat pun nak gunakan 100% simbol 3D tu. Meh aku tunjukkan cara aku gunakan Edraw untuk lukis peta kahwin aku sendiri.

Edraw 5Search / Cari lokasi di mana anda akan mengadakan majlis menggunakan Google Maps, Print Screen dan save (guna ‘paint’ untuk paste and save in JPEG format). Kemudian insert peta kamu dalam Edraw Max. Boleh click ‘Insert – Picture’.
Gunakan icon yang disediakan dan letak di atas jalan-jalan utama dan yang penting sahaja. Lepas tu masukkanlah gambar yang kamu dah download dalam bentuk PNG tu. Hospital tu icon 3D tapi yang bukan 3D gambar masjid @ bandar. Hehehe…aku malas nak cari da~ Pakai apa yang ada sahaja.

Edraw 4Dah siap semua, delete je gambar peta tu…dan TARAAAA….peta aku dah nak siap. Load library untuk buat diagram dapatlah kotak anak panah tu, tinggal letak alamat je dalam tu tak pun hantar je gamba map anda ke kedai. Save dalam bentuk PDF @ JPEG dan pastikan masa SAVE tu pilih save untuk dicetak (Tick – print) supaya dia akan save dalam format high pixel dan sesuai untuk dicetak.

Edraw 6Ni contoh peta yang save tanpa tick – Print tapi aku manually input pixel. Ini 600×600 pixel. Jelas kan? So kalau kedai tu nak crop gambar kamu bagi pun tak jadi masalah sebab sharp.

Aku nye peta pun kena crop dek orang kedai pencetak sebab tak muat dalam kad. Pilih saiz kad kecik je…jimat sikit. :p Bukan orang lain frame pun kad tu, nanti semua dalam tong sampah. Hehehe…

 

 

 

Yummy : Dip n Dip @ Bangsar

Dip n Dip ini adalah kedai yang menjual makanan berasaskan coklat! Erm, coklat….(Bulat biji mata) Oh, sedapnya coklat. Dah lama aku nak pergi dan dah pergi tapi tiada masa nak update dalam blog aku. Jadi marilah aku kongsikan serba sedikit pengalaman aku memakan coklat di Dip n Dip neh.

Masa ni, Cik Blank belum bertunang lagi yer~ Tak ke lama gila punya cerita aku nak cerita neh? Haiz..coklat tu pun dah x wujud lagi dalam perut aku~

Apa pun aku agak berpuas hatilah makan dekat sini, tiada apa yang istimewa tentang coklatnya sebab 2 hidangan yang aku order mempunyai rasa coklat yang sama apa yang membezakannya adalah dengan apa coklat tu dimakan. Aku yang sangat excited nak makan coklat tu rasa macam so-so lepas rasa coklat yang dihidangkan. Huhu.

Antara harga hidangan~ Menu harga ini aku dapat dari sesetgh blog lain~

Antara harga hidangan~
Menu harga ini aku dapat dari sesetgh blog lain~

Ini yang aku order untuk diri sendiri. Aku lupa nama dia apa~

Ini yang aku order untuk diri sendiri. Aku lupa nama dia apa~

Miss Blank order Waffle Stick for herself. I hope she luv it~

Miss Blank order Waffle Stick for herself. I hope she luv it~

Selfie di dalam Dip n Dip. Hehe. Apa pun air Italian Soda - Lemon kami sangat sedap!! :p

Selfie di dalam Dip n Dip. Hehe. Apa pun air Italian Soda – Lemon kami sangat sedap!! :p

 

Yummy : Shogun @ 1 Utama

Makan malam di Shogun ini ditaja oleh jabatan tempat aku bekerja. Ahakz! Shogun yang aku pergi ini bertempat di dalam bangunan pusat membeli belah yang terkenal di sekitar Petaling Jaya -> One Utama Shopping Centre dan baru sekarang aku berkesempatan nak update. Ngee..bz la katakan~

Shogun adalah restauran yang menyediakan hidangan secara buffet dan yang menariknya hidangan dia sampai ada sushi, teppanyaki dan tempura yang sedap! Aku dah lama tak merasa sushi yang sedap sebab dalam Jaya Jusco tu sekarang rasa dia tak segar macam dulu.

Harga untuk seorang dewasa dan kanak-kanak akan berubah dalam setiap 2-3 bulan. Mungkin dia ikut stok dan harga semasa agaknya sebab tu dia berubah setiap bulan dan aku pun tidak pasti berapa harga sekepala sebab aku ada orang tolong bayarkan.
Kalau kamu semua nak tahu sila usha harga dan perkembangan terkini mereka di laman web mereka – SHOGUN. Kalau mengikut rate terkini yang aku tengok – seorang dewasa dalam lingkungan RM 70 (Dinner) ke RM 90 (Lunch) – Memang mahallah bagi aku, nak pergi lagi pun pikir 10x. Hahaha..

Antara yang aku sempat SNAP~

Tiram kan ni? Aku konpius nama menatang neh apa, apa pun die sangat sedap dengan keju yg dibakar di atasnya! Serius sedap! Yummy~

Tiram kan ni? Aku konpius nama menatang neh apa, apa pun die sangat sedap dengan keju yg dibakar di atasnya! Serius sedap! Yummy~

Ahakz! Aku terlebih banyak ambil sushi~ =_= Nak buat macamana, suke sushi tp org tamak mmg rugi, dek kerana aku mkn sushi dengan banyak, aku xdpt nak menelan makanan lain. Ahaha..dah tu kenyang dgn sushi~

Ahakz! Aku terlebih banyak ambil sushi~ =_= Nak buat macamana, suke sushi tp org tamak mmg rugi, dek kerana aku mkn sushi dengan banyak, aku xdpt nak menelan makanan lain. Ahaha..dah tu kenyang dgn sushi~

Teppanyaki ni korang boleh pilih apa bahannya dan mereka akan masakkan untuk korang, aku pula sengaja letak daging byk2, baru sedap! :p

Teppanyaki ni korang boleh pilih apa bahannya dan mereka akan masakkan untuk korang, aku pula sengaja letak daging byk2, baru sedap! :p

Apa pun dessert ni aku malas nk tambah apa-apa. Selain ais krim, korang boleh buat ABC sendiri. Aku nak mint ice crem tu tapi dah habis pula..dapatlah ciput je merasa. Jadilah~

Apa pun dessert ni aku malas nk tambah apa-apa. Selain ais krim, korang boleh buat ABC sendiri. Aku nak mint ice cream tu tapi dah habis pula..dapatlah ciput je merasa. Jadilah~

Selesai makan, perut kenyang, rasa suka hati dan dengan gembiranya pulang~

Bazar Ramadhan Rampai Business Park 2

Part II. FYI, Bazar Ramadhan ni jugak mereka panggil – Bazar Uptown Rampai Business Park yang terletak di area Sri Rampai. Bazar ne bermula seawal dari jam 6.00 petang ke lewat tengah malam setiap hari. Beza nama ada uptown tuh la kan…Aku tak dapat nak update gambar sekitar bazar sebab aku sndri sibuk niaga kat Bazar tuh~ Ekekeke… So nanti ada masa aku ronda² la tgkap muat beberapa gamba~

Niaga apa? Masa kat Part I aku ada bgthu yang kami menjual pelbagai jenis kuih bangkit yang sangat sedap! Kuih Bangkit Tradisional kami neh mmg xde tandingannya! Korang nak tahu pasal harga? Kena usha artikel lama aku di Bazar Ramadhan Rampai Business Park. Ha…buat masa ini kerepek pisang kami telah pun habis dijual! So, buat sesiapa yang nak kerepek Pisang, kena tggu hujung bulan ini. InsyaAllah!

Apa pun aku nak bgtahu yang kami telah menambah lagi stok dengan beberapa jenis kek lapis di booth kami! Jangan risau tentang rasa! Kami sediakan tester dan harap maklum tester adalah limited, haa..~~ Nak rasa kenalah cepat² datang! Nanti tester habis, apa lg beli jek la tnpa merasa, sedap pun! :p

Kek Lapis Coklat

Kek Lapis Coklat
RM 28.00

Kek Lapis Masam Manis

Kek Lapis Masam Manis
RM 28.00

Kek Lapis Oreo

Kek Lapis Oreo
RM 28.00
**Oreo sebijik kat atas tu saje nk gtaw lam kek tu ada Oreo okeh~

Selain Kek Lapis, kami ada menjual Mini Rempeyek dan mini rempeyek ni rasanya garing dan sangat sedap.  Harganya pun berpatutan!

Mini Rempeyek RM 18.00 / sebalang (500 grams)

Mini Rempeyek
RM 18.00 / sebalang (500 grams)

Bazar Rampai Business Park

Tahun ini ada kelainan sedikit dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kelainan yang jelas nyata adalah aku menyambut Ramadhan dengan status – tunangan orang. Hehe..Jadi ada la invitation berbuka dari sedara mara berbunyi, “marilah datang berbuka, bawa tunang sekali..”. Haa…kemain lg…mana sahaja orang tanya, “tunang mana?” Soklan paling tak syok sekali – “Bila nak langsung?” Glamer kaw soklan ni dari sedara mara aku, bukan sedara mara je..mak ngan ayah aku pun swuh tetap tarikh. Errkk…sabarlah ye..tak lari klo btol die jodoh aku..

Okey lupekan satt kisah tuh..lainnya tahun ni adalah kerana aku meniaga. Oh, pengalaman pertama dalam sejarah hidup aku meniaga kat Bazar oiii…erk..tp kan..semua ini ada kaitan dengan tunang aku sbb dia lah puncanya! Tak nak ceritakan kisah pahit perit niaga neh dulu. Cuma nak gtaw gerai kami di : Bazar Rampai Business Park. Port kami bertentangan ngan 7 Eleven.

Kami menjual kuih muih, biskut dan kerepek raya dan bakal pelbagaikan jenis lagi la kan…
Setakat ini….kuih paling utama kami adalah Kuih Bangkit. Kuih tradisional neh…~~

Karipap Mini

Karipap Mini
RM 15.00 / sepeket / 500 grams

Kerepek Pagoda

Kerepek Pagoda
RM 10.00 / sepeket / 500 grams

Kuih Bangkit

1. Kuih Bangkit Santan + Bijan
2. Kuih Bangkit Pandan
3. Kuih Bangkit Gula Merah
4. Kuih Bangkit Kerisik
RM 20.00 / balang ( 60 – 65 biji )

Kerepek Pisang

Kerepek Pisang
RM 10.00 / sepeket / 500 grams

Kuih Bangkit

1. Kuih Bangkit Gula Merah + Bijan
2. Kuih Bangkit Santan
RM 15.00 / sebalang ( 50 – 55 biji )

Bangkit Manis Istimewa

Kuih Bangkit Istimewa ( Hampir kehabisan stok )
RM 20.00 / sebalang ( 60 – 65 biji )