Penyakit Berjangkit 

​​Sekarang banyak wabak dan jangkitan penyakit yang kembali menular.

Jadi ibu dan ayah kenalah main peranan sempena nak dekat raya. Kalau ibu sibuk layan tetamu, si ayah tolonglah pantau anak-anak kecil mereka. Kalau nampak orang lain merokok, si Ayah plak bawa anak menyembang, si Ibu amik la si kecil pula.

Raya ni susah nak sekat orang datang, ye la takkan nak menghalau pula? Lepas tu kita pun datang ke rumah saudara mara, ada saudara mara lain pun juga menyinggah.

Waktu ini kenalah pandai mengelakkan orang cium, dukung dan peluk. Dalam situasi macam ini, ibu dengan ayah kena peka dengan keadaan sekeliling. Ada sesetengah ayah tu sambil lewa je jaga anak, ibu pula dah penat. Ayah pula buat tak nampak ibu dah penat. Nanti anak sakit yang sakit menjaga ibu dan ayah juga. Jadi kalau dah memasing penat, bawa diri ke tempat kurang orang.

Anak yang dah pandai jalan ni pun 1 hal juga nak kawal. Bila dia nampak kengkawan reramai, teruja dia nak ikut berlari, bergurau dan berkawan. Masa ni memang susah sangat nak kawal pergerakkan dia, dia pasti tepis-tepis je tangan kita ni, pastu kalau dukung, dia punya 1001 lekuk nak turun, jenuh aih. Masa ni si ibu jenuh fikir dan jeling-jeling si kecil. Haha. Kalau ada carrier tu, pakai je. (ni utk bawah 2 tahunlah) Kalau rumah sendiri pula, pantau-pantau je la pergerakkan dia.

Paling mudah nak elakkan penat dan kes cium-cium ni adalah duduk rumah. Tak payah sibuk merayau. Lebih-lebih lagi bayi yang belum cukup setahun tu.. Kesian weih nak tgk korang usung die, pastu semua ckp comel, nk dukunglah, nak peluklah, nak wefie, selfie bagai…sekali terbuka flash plak, berpinar mata baby, pastu baby dah penat, sakit badan, menangis mengamuk, yg tggung ibu dia.

Pendapat 5 sen aku je..

Oh! My Fidyah

Tahun lepas, aku bersalin beberapa hari sebelum puasa dan berpantang di bulan puasa maka sebulanlah aku tidak berpuasa. Memang dugaan sungguh bila fikirkan nak ganti sebulan puasa. Gulp~

Aku akan cuba ganti sedikit demi sedikit tapi tak dapat nak buat tahun ini sebab menyusukan anak buat aku tak berdaya sangat nak tahan lapar.

Tahun ini dijangka umat Islam akan mula berpuasa bermula 6hb Jun 2016 dan itulah tarikh lahir anak aku. Maka genaplah setahun Khairunnisa’. Jadi, InShaaAllah tahun ini aku boleh berpuasa kecuali cuti umum (datang bulan) sebab Nisa dah mula makan dan minum jadi waktu siang tidak terlalu kerap menyusu dan aku boleh tahan lapar lama sedikit. Huhu…

Tidak sempat ganti maka aku pun kenalah bayar fidyah dan memahami isu fidyah ini macamana. Dek kerana dah duduk Johor, jadi aku cari info bayaran fidyah ikut negeri ini lah kan.

PENGERTIAN FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 184 yang bermaksud : 
“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Dah bayar kena juga ganti. Semoga tahun depan aku akan berjaya gantinya sedikit demi sedikit!! Chayok!

Untuk lebih senang faham,
Aku ada ambil info permasalahan fidyah di laman sesawang Majlis Agama Islam Johor

image

Masalah 1

image

Masalah 2

image

Masalah 3

image

Masalah 4 & 5

image

Masalah 6

Ha, dengan gambar rajah senang kan nak faham masalah nak membayar fidyah bagaimana?

Harap info ini membantu anda semua.
……………………………

Nak barang murah tapi berkualiti?
Mungkin apa yang anda cari ada di sini :

Taraaaa : http://www.carousell.com/sayajualawakbeli
FB : facebook.com/sayajualawakbelilah
Instagram : SayaJualAwakBeli

Popia TSS a.k.a Popia TerSangat Simple

Hari ini aku rajin pula nak share resipi. Haha. Ini kali ke-3 masak popia atas permintaan. Sedap katanya. (kembang semangkuk dengar, hahaha)

Resipi Popia TSS
Bahan Inti
200gram – isi ayam (potong kecil)
– main agak je 200gram tapi ikutlah nak letak banyak mana.
1 biji – bawang merah
1 biji – bawang putih
1 biji – cili api (saje nak rasa pedas sssssiiiiiikkkiiiittt je)
– nak pedas sgt letak banyak, tak nak pedas tak payah letak.
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
Taugeh & Sayur campur – main agak-agak banyak mana nak letak.
(taugeh tu aku beli 50 sen pastu aku sama banyakkan dengan sayur campur)
2 biji telur

Ha..simple kan bahan? Tak payah nak letak mihun la apa la..sebab nak makan sendiri je..

image

Gambar kuning last sekali tu telur yang sedang digoreng.

Telur goreng asing taw. Pecahkan sebiji, pukul sikit, goreng dan hancurkan. Lepas tu letak tepi.

image

Bawang tu cincanglah semua, tumiskan sampai naik bau.

image

Bau pun dah sedap masukkan ayam. Ha...gaul lagi..gaul lagi.. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan sos tiram dan garam. Gaul sampai ayam masak.

image

Kemudian, masukkan sayur. Gaul rata. Gaul sampai sayur semua masaklah. Tak lama pun kejap je.

image

Bila sayur dah masak, barulah masukkan telur hancur yang dah digoreng tadi tu. Gaul kejap je pastu matikan api.

image

Ha, jom menggulung. Kulit popia ni ikut korang lah nak beli jenama apa. Nak buat kulit sendiri pun boleh. Haha.

image

Jeng jeng jeng

Siap. Tak ada gambar siap goreng sebab buat nak simpan dalam peti sejuk. Hihi.
Dek kerana En. Suami tak suka popia disira sambal manis, jadi aku pun tak buat sambal.
Kalau nak buat senang je..

Sambal Manis (Sira Popia)
Bawang putih
Bawang merah
Cili boh
Gula pasir
(semua bahan ini ikut agak-agak nak buat banyak mana sambalnya)
Tumiskan bawang putih dan merah.
Masukkan cili boh, goreng sampai pecah minyak.
Masukkan gula.

Boleh siram je atas popia yang dah digoreng atau masukkan popia yang siap digoreng dan goreng sekali dengan sambal sira.

Okay?

Tak sabar nak goreng esok. Hihi.

Kuih / Biskut Bangkit Cheese Borong

Lebih kurang 3 tahun lepas aku ada berniaga di Bazar Rampai Business Park untuk Bazar Ramadhan, pertama kali berniaga buka kedai. Seronoknya berniaga masa waktu itu. Balik kerja terus pergi buka kedai. Berniaga waktu itu modal keluar duit gaji, beli khemah, meja dan kerusi. Kami berniaga kuih raya, ambil kuih kengkawan, jualkan dan tak kaut untung sangat pun. Sekadar suka-suka, permulaan dan pengalaman.

Tahun lepas, aku telah menetap (ikut suami) ke Johor. Waktu nak puasa teringat bazar tapi sarat mengandung. Nak juga berniaga jual kuih raya tapi kali ini tidak mahu sewa tapak, lagipun sejak dah berkahwin tidak lagi boleh berniaga dekat KL. Berniaga dari rumah dan dah tak jual pelbagai jenis kuih macam dulu. Aku hanya jual kuih bangkit cheese. Permulaan jual memang agak perlahan tapi minggu pertama puasa terjual lebih 50 balang. Ya Allah, suka sangat-sangat. Kemudian mulalah dapat tempahan. Akhirnya, sebelum raya telah terjual lebih 200 balang bangkit cheese. Syukur, Alhamdulillah. Mungkin rezeki anak waktu itu.

Tahun ini, aku buat perkara yang sama tapi kali ini aku ingin berkongsi sedikit keuntungan bersama mereka yang sanggup berusaha mendapatkan pendapatan sampingan. Berniaga kena bermula dari bawah secara perlahan-lahan dan jangan fikirkan keuntungan semata-mata sebab di dalam rezeki yang kita terima ada rezeki orang lain. Bila kita berusaha mendapatkan rezeki yang halal perkara yang paling utama sekali jangan cepat berputus asa, jangan dengar cakap orang yang cuba menjatuhkan semangat kita. Yakin dengan apa yang kita buat dan InshaaAllah apa yang kita nak, kita dapat.

Tahun 2016 ini aku mencari ejen dan stokis untuk produk Bangkit. Aku yakin biskut ini akan mendapat sambutan. Sebab apa? Sebab biskut bangkit cheese ini sedap! Hahaha. Nampak tak betapa aku yakin?

Semoga segala urusanku, dipermudahkan.
Jika anda berminat, boleh WhatsApp saya : 014.6203.287

image

Balang besar dan balang kecil

Oh ya, ada juga beberapa produk lain aku jual.
Boleh rujuk; Carousell Online Shop.

Shampoo mandian Carry Jr.

image

Al kisah dengan shampoo mandian bayi jenama Carry Junior rupanya apa yang aku sangkakan ruam adalah alahan dari kesan memakai shampoo jenama tersebut.

Bila Doc suruh ingat kembali, masa awal-awal kena ruam, apa yang baru ditukar? Baju baru ke? Krim ke? Bedak ke?
Barulah teringat yang aku ada pakaikan Nisa shampoo Carry Jr. Sebab aku sukakan bau dia yang wangi. Rupanya Nisa sama macam aku kulit sensitif terhadap sabun @ shampoo yang ada campuran buah.

Aku dulu tahu aku alergik dengan sabun buah ialah bila mak aku beli sabun Fruitale. Lepas pakai gatal-gatal badan aku. Terus berhenti guna dan mak aku pun belikan sabun Lux. Dulu Lux murah je weh..hihi..

Rupanya Khairunnisa pun sama alergik macam Ibu dia..huhu.
Sekarang tak ada pakai shampoo berunsur buah jadi kena cari shampoo lain untuk Nisa.

image

Gamba pada 26 April 2016. Masa ni keliling leher kt depan dah teruk sampai merebak ke belakang.

image

Ini gamba hari ini. 30 April 2016. Alhamdulillah. Lega.

POST Related : Ruam / Eczema

Jadi para ibu bapa yang ada masalah ruam bawah leher yang teruk atau eczema atau alergik dan tak pasti kenapa, segeralah berjumpa doktor jika banyak usaha yang telah dicuba tapi ruam masih teruk.

Aku tak tahulah alergik atau eczema mempunyai simptom yang sama atau tidak.
Jika kulit anak anda macam saya;
– mengelupas dan bersisik gelap ;
– kulit kemerahan dan gatal ;
– kulit seolah olah macam terhakis (kalau kulit bayi cerah boleh nampak bintik2 merah) ;
– semakin merebak setelah dirawat (rawatan petua).

Fikirkan sejenak;
– perubahan makanan?
– perubahan jenama shampoo? Bedak? Krim? Tisu basah?
– perubahan jenis kain yang kerap dipakai?
– etc

Hentikan serta merta apa yang baru ditukar itu dan lihat perkembangan kulit dalam sehari dua. Jika anda telah dapatkan nasihat doktor jadi ikutlah perskripsi yang doktor syorkan.

Sekian.

Cendrawasih Petshop di Skudai, Johor Bahru.

Dekat sangat rupanya dengan rumah aku. Bayangkan setahun lepas aku mencari pet shop tak jumpa. Kalau jumpa pun tak jual biskut kucing yang aku cari, lepas tu kalau ada biskut yang aku cari mahal sangat pula.

Rasa macam berbunga-bunga hati masuk ke kedai ni…ye la barang yang aku cari murah bhaiii….

Masa masuk terus borong barang. Blackwood 13kg baru RM120.00. Pergh…murah yobb bagi aku sebab selalu aku beli 6.6kg RM110.00. Berbaloi-baloi. Beli ubat cacing. Sebiji RM4.00, dekat kedai lain mereka charge aku sebiji RM6.50. Pasir kucing, brand yang aku suka – Cindy tak ada dijual + Cindy dah tak wujud sekarang, Uncle dekat KL cakap dah tukar packaging jadi nama apa entah. Ada lagi perkataan Cindy tapi pasir dah tak sama macam dulu. Sekarang rembat je pasir apa-apa pun dengan harapan berkesan dan tidak berbau. Pastu belilah makanan kucing biasa untuk letak dalam kereta. Dah biasa buat gitu. Asal jumpa kucing, bolehlah bagi makan. Kalau tak, dia datang tak bagi pape, serba salah jadinya.

Kedai ni buka dan tutup sesuka hati kata abang yang jaga malam tu.. Kalau dia nak tutup pukul 10 malam dia tutuplah tapi biasanya memang lambat dia tutup.

Ada beberapa ekor kucing dalam bilik kaca dalam kedai tu. Katanya stray cat tapi memang lawa dah dan bukan untuk dijual. Tengok yang gemok kebabom tu…pergh…geram!!!

Dalam kedai aku tak ambil gambar sebab tak bawa hp. Itu yang amik gambar depan kedai je. Hehe.

img20160414203417.jpg

Alamat kedai tak tahu la pula tapi dia tepi jalan highway Skudai – Pontian.
Tahu tak ada Burger King dan Mc’ Donald dalam stesyen minyak Petronas dan Shell tepi jalan tu? Kalau stesyen minyak ni sebelah kiri, maknanya depan tu korang kena u-turn dan depan sikit masuk kiri. Sebelah kanan ada deretan kedai. Situlah.
Paling mudah kedai petshop ni sederet dengan Yus Bianco Skudai.

Ruam pada Bayi.

Anak aku tumbuh ruam pada bawah leher. Masa memula kena, bahagian belakang badan ada juga tapi selepas sapu tepung ubi, dalam sehari dah hilang cuma yang bawah leher liat sangat nak hilang. Jadi aku rasa tepung ubi tak ada kesannya di bawah leher.

Aku pun pergi farmasi beli krim nama Dermoplex (Calamine Cream). Selepas hari 3 pakai, ruam semakin merebak. Alamak. Rimasnya aku tengok.

Kalau siang dia aktif main, memang tak ingatlah kan nak menggaru. Malam nak tidur, mulalah ketidak selesaan dia. Garu sampai berdarah.

image

Masa memula sapu tepung ubi. Macam ini lah jadinya.

image

Ini pula selepas beberapa hari guna Calamine Cream. Aduss...

Selepas itu, mak saudara aku cadangkan kerapkan mandi jika cuaca panas. Itu sahaja cara untuk kurangkan ruam katanya. Sambil itu sapukan juga tepung ubi untuk kekal kering dan sejuk.

Jadi, anak aku mandi tengahari kekadang sampai 2x sehari.
Jam 8.00 – 9.00 pagi untuk mandi pagi. Nanti pukul 11.00 pagi dia tidur dan bangun sahaja terus mandi. Dia main dan makan kejap.
Selepas itu, aku mandikan lagi baru dia tidur petang. Bangun je petang, mandi lagi.

Adakala dia tak tidur pagi jadi sebelum tidur petang mandi. Janji badan dia tak melekit sebelum nak tidur.

Kalau malam pun sama. Kekadang kalau panas dan terasa bahang sangat aku akan lap atau siram sekejap badan dia.

Alhamdulillah, memang nampak perubahan.

image

Dah kurang dah sikit.

Sekarang masih ada lagi sikit ruam. Bila terpaksa keluar beli barang dengan cuaca yang panas pasti bintik-bintik merah keluar.

Ini adalah cara aku mencuba untuk hilangkan ruam anak aku. Kalau anak anda mungkin cara yang berbeza. Apa anda buat dengan ruam anak anda?

Aku ingat kalau minggu ini tetiba ruam naik teruk balik, memang nak pergi klinik untuk periksa. Ada orang cakap mungkin itu adalah alergi.

Doakanlah dia cepat sembuh ye.