Kerang Rebus

Aku memang tak berapa gemar nak makan kerang tapi En. Suami sangat sukakan kerang. Kerang rebus, kerang bakar, kerang sambal dan lelain lagi. Huish..memang dia sukalah.

Semalam beli barang basah, kalau bab yang basah seperti ayam, ikan dan makanan laut ke sungai ke memang serah semuanya dekat En. Suami. Hihi..

Aku? Aku tak reti nak memilih. Segar ke tak segar ke..? Aish.. En. Suami ada ajar juga tapi aku malaslah nak ambil tahu. Hehehe..

Ha, sambung balik. Semalam beli barang basah. Dia nampak pula kerang cecomel dalam bakul tu.. Sambil dukung Nisa, dia muncung-muncung tunjuk dekat kerang. Aduss…haha.. Dia nak kerang la plok~~ 

Aku kata, kalau nak beli sikit je jadilah. Nanti tak ada orang makan pula. Dia pun beli setengah kilo.

Hari ini aku telefonlah bondaku, apa lagi tanya macamana nak rebuslah kan. Kahkahkah. Resipi punya senang pun nak telefon mak ke? Tapi dapatlah petua sesikit. Kerang tak boleh simpan lama takut nanti busuk kerang. 

Oklah.

Jom masak kerang setengah kilo itu~

Bawang merah – 1 biji
Bawang putih – 2 biji
Cili padi – 2 biji
Halia lebih kurang seinci.

Gosok sikit dengan berus. Hihi.

Kerang setengah kilo. Basuh bersih-bersih ye. Nanti berpasir kuah korang, aku tak tahu. Uhuk uhuk~

Tumis semua bahan tadi, naik je bau masukkan kerang, gaul sikit dan masukkan air. Air letak paras-paras kerang je dah la.

Oh ya, masukkan garam sesudu @ ikutlah nak masin mana.

Sebelum masak. Paras air ngam-ngam je~

Lepas itu, tutup periuk. Biarkan sampai air mendidih, tak payah rebus lelama. Nanti lepas 8-10 minit, buka tudung periuk dan periksalah kerang korang.

Kalau dah mendidih, kerang dah terbuka. Dah siaplah tu.

Dah masak. Kerang senang terbuka.

Dah siap. Boleh hidang dan makan. Hihi.

Advertisements