5 Si Comel

5 Ekor kucing ini walaupun baru beberapa hari aku jaga mereka, aku dah sayang sangat kat mereka tapi aku terpaksa melepaskan mereka pergi bersama keluarga baru. Macam-macam keletah manja mereka aku tak akan lupakan. Semoga yang mengambil kamu semua seorang yang sangat penyabar, baik hati dan boleh melayan karenah kamu. Harap sangat kamu membesar dengan baik dan gebu..!! Jaga diri okey? Sedih dah sekarang neh walaupun belum lagi kamu semua kena ambil. [ Emosi sungguh aku neh…ekekeke.. ]

Mummy, jaga mereka baik-baik taw…!!

 COMEL KAN??!!

Cute Kittens

Graffiti Sketching

Ini adalah lukisan grafiti yang aku suka-suka buat. Aku tak pandai sangat dalam lukisan sebegini jadi aku selalu cuba dengan nama aku sendiri. Memanglah tak kreatif sangat tapi ini je yang aku mampu capai tentang grafiti. Hehehe..

1st dan 2nd sketch, masa ini aku tak tahu nak lukis macamana, re-edit dan tetapkan corak.

3rd – Memula aku ingat nak kekalkan macam dalam sketch tuh..tapi nampak kosong mungkin xde background,
4rd – Itu yang aku rasa macam nak letak garisan belakang grafiti, aku rasa ianya menimbulkan perkataan tuh..

 Dan akhirnya siap…Grafiti neh aku amik masa 1-2 jam untuk siapkan. 
Semuanya aku hanya guna pensel 3B dan 5B selepas siap aku gunakan spray stuff,
spray neh untuk kekalkan warna pencil dan lukisan akan nampak berkilat serta kekal lama.

Apa pendapat korang??