Raya Aidilfitri 2024

Tahun ni kan hampir pupus terus amalan mengepos kad raya.

Beberapa tahun lepas, rajin aku buat kad sendiri kemudian tahun berikutnya aku beli dan pos..? Bagi aku memang seronok ada alamat rumah kengkawan sebab aku fikir kalaulah suatu hari nanti tetiba kami terputus hubungan, sekurangnya ada alamat rumah untuk kita pergi bertanya khabar, hidup ke mati.

Selepas beberapa tahun, aku dapat kad raya pertama tahun ini. Kad raya pertama dan itu je la..🤣

Pastu aku nak balasnya tak cukup masa pula nak mengepos. Harap sempat sebelum raya berakhir..! 😆

Ok la aku cuma nk luahkan kekecewaan tradisi kad raya di alaf baru.